Hiburan By: SGMS Enal May 19, 2019 @ 10:00am

Adamidam Sudah Tiada…Al-Fatihah

Cef selebriti, Adamdidam meninggal dunia awal pagi ini dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Berita pemergian Adam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail, 29, diberitahu oleh sepupunya, Natasha Amran menerusi laman Instagram.

Sepupu kesayangan saya, Adam sudah dijemput Ilahi pagi tadi.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang solihin,”tulis kemas kini itu lagi.

Tambah Natasha, Adam yang juga bapa saudara kepada Fatimah Mukhlis, kanak-kanak kelahiran United Kingdom yang fasih berbahasa Kelantan akan dikebumikan di kampung halamannya,Tanah Perkuburan Lemal, Pasir Mas,Kelantan.

Difahamkan, bekas peserta Hero Oven ini telah memuatnaik sebuah status
yang memberi bayangan keadaan kesihatannya yang tidak berapa sihat.

“Sudah agak lama saya menghilang namun sukar untuk mengembalikan kehidupan seperti biasa bila ada sesuatu yang mengubah hidup 360 darjah.

“Saya berasa tidak terdaya,” tulis Adam dalam kemas kini kedua terakhirnya di laman Instagram Februari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Makin Kurus… Nafi Putus Cinta, Yazmin Aziz Bahagia LDR Dengan Kekasih

Penyanyi Yazmin Aziz tampil menafikan dirinya kini sudah putus cinta dek kerana penampilannya yang semakin kurus. Menurut Yazmin, dia menganggap perubahan bentuk badannya itu adalah sebahagian daripada usahanya membuat ‘work out’. “Saya ada juga dapat […]

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

More Michelle Yeoh in Star Trek!

Malaysian Star Trek fans rejoice.

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

5 Kelebihan Bunga Kenanga Yang Berbau Wangi

mempunyai bau yang sangat wangi dan berbentuk seperti tapak sulaiman ada khasiat dan kebaikannya tersendiri

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Isteri Hamil Anak Ketiga, Alif Satar Impi Anak Lelaki

Yang penting isteri dan anak yang bakal lahir itu sempurna dan sihat. Doakan agar segalanya dipermudahkan,

Featured Fri, 19 May 2023
Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Featured Mon, 14 Mar 2022

4 Tahun Menanti, Vanidah Imran Kini Graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan

Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal, Vanidah Imran kerana berjaya menggenggam graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) di usia 49 Tahun.

Featured Thu, 3 Nov 2022
Featured Thu, 13 Jan 2022

Lelaki 57 Tahun Sihat Selepas Tiga Hari Lalui Pembedahan Pemindahan Jantung Babi

Seorang lelaki warga Amerika Syarikat menjadi manusia pertama di dunia menjalani pemindahan jantung daripada babi yang diubah suai secara genetik. Lelaki yang dikenali sebagai David Bennet berusia 57 tahun disahkan sihat tiga hari selepas prosedur […]