Adi Putra Terima ‘Panggilan Kritikal’ Keadaan Ibu Ketika Berada Di Tanah Suci, Mohon Doa Orang Ramai

Aktor Datuk Adi Putra berkongsi berita duka mengenai keadaan ibunya yang difahamkan sedang sakit.

Menerusi entri di Instagram (IG) Adi memaklumkan dia mendapat perkhabaran tentang keadaan ibunya ketika dia berada di Tanah Suci.

“Hampir 2 bulan di Tanah Suci di Arab Saudi.

“Mendapat panggilan kritikal dari Singapura tentang keadaan ibu saya,” kongsinya.

Dalam hantaran tersebut, tunjang utama filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu memuat naik foto dia bersama ibunya di hospital.

Hati siapa yang tidak gusar melihat keadaan ibu ditimpa sakit, Adi turut memohon doa semua agar ibunya kembali sembuh.

Mohon didoakan buat ibu saya. Terima kasih, 12 Sept 2023,” harapnya.

Untuk info, Adi berada di Tanah Suci Arab sejak awal Ogos lalu bagi menguruskan proses umrah syarikat pelancongannya.

Khairil Khusyairi