Adik Dikecam ‘Let Go’ 37 Kucing Sebab Nak Kahwin, Shila Amzah Tampil Bersuara

Adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah dikecam netizen apabila membuat keputusan untuk melepaskan kucing peliharaan kerana mahu mendirikan rumahtangga.

Memetik laporan Gempak, Shila memberitahu Syada merupakan tuan yang baik buat kucing-kucing yang diselamatkan ketika banjir besar melanda tahun lalu.

“Sebelum ini, kita memang ada kucing, tapi dalam belas-belas sahaja. Tapi sejak banjir tahun lalu, Syada selamatkan banyak kucing.

“Untuk dia yang bekerja sebegitu menjaga 37 hingga 38 ekor kucing seorang diri, agak berat.

“Dia baru 23 tahun dan ketika dia selamatkan kucing tu semua, dia memang jaga betul-betul.

“Secara logiknya, dia nak bagi sahaja kucing-kucing itu kepada mereka yang boleh menjaga dan menyayangi, bukan jual,” katanya.

Namun, Shila mengambil kritikan yang dihadapi adiknya sebagai pemangkin untuk Syada membesar sebagai individu yang lebih kuat.

“Dia masih muda. Macam saya dulu dekat Twitter, saya rasa orang tahu macam mana. Apa yang boleh saya katakan pada dia, saya sudah melakukan tanggungjawab saya dan dalam masa sama saya mahu dia alami sendiri hal-hal sebegini.

“Sebab ia sangat penting untuk tumbesaran. Nanti lagi enam tahun, ketika usia sudah 30, dia mungkin boleh flashback balik dan cakap ‘I have done this’.

“Apabila kita mendewasa dalam kalangan khalayak umum, bukan satu hal yang mudah. Insya-Allah, lama-lama nanti dia akan jadi lebih baik. Saya doakan,” ujarnya.

Sumber: Gempak

Maya Basir