Hiburan By: SGMS Faida February 7, 2019 @ 12:10pm

Adila Terkejut Disangka Mira Filzah

Seringkali wajahnya dianggap mirip pengacara NONA Mira Filzah, Adila menganggap itu bonus buat dirinya yang baru bertapak dalam bidang seni.

Tidak mahu menumpang populariti sesiapa, Adila kini mempersiapkan diri bergelar penyanyi dengan mengikuti kelas vokal bersama Azharina Azhar.

“ Mirip Kak Mira? Bahagian mata je kot. Beliau jauh lagi cantik tetapi saya hargai pujian itu. Alhamdulillah.

“ Sebagai pendatang baru, saya kini giat mengasah vokal memandangkan single terbaru berjudul Pergi Biar Berlalu yang bakal siap tak lama lagi,” katanya kepada XTRA.

Bercerita tentang single terbarunya itu, lagu Pergi Biar Berlalu merupakan ciptaan penuh penyanyi Korie yang pernah popular dengan lagu Pergilah Sayang.

“ Lagu mengisahkan kekecewaan selepas ditinggalkan. Persediaan awal saya sedang belajar vokal di bawah bimbingan Cikgu Azharina.

“ Alhamdulillah, banyak yang saya belajar daripada beliau. Insya Allah saya berdoa agar single ini mendapat tempat di hati pendengar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Adila bakal membintangi teater Dari Cherok Tok Kun Ke Gombak bersama barisan pelakon antaranya Mamak Puteh, Ali Puteh, Wan Raja, Bell Ngasri, Azharina, Jojie dan ramai lagi. Pementasan komedi seram anti dadah ini akan bermula pada 22-23 Mac di Teater Shah Alam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Wed, 4 Oct 2023
Hiburan Sun, 16 Dec 2018

TAHNIAH! Sasqia Dahuri Kini Milik Asyraff Khan

Tahniah Sasqia dan suami, cantik sangat gambar-gambar kahwin mereka!

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

Berbelanja RM 700 ribu Untuk Satu Percutian

setahun 2 kali bercuti dan setiap percutian perbelanjaan hampir RM 700 ribu cara untuk menghargai keluarga yang senantiasa bersamanya

Featured Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] Rossa Jawab Tuduhan Didakwa ‘Perosak’ Rumah Tangga YouTuber Indonesia – “Chill, Saya Suka Yang…” 

Alamak, tak ada angin tak ada ribut nama Rossa dipetik perosak rumah tangga?

Hiburan Tue, 17 Oct 2023
Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Apa Kes Bila Yassin Ditahan Polis?

Hakim mendapati ada keraguan dalam kes.

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Awal, Scha Kongsi Tip Cari Rumah Idaman

Misi Rumah Impian yang diarahkan Izuan Mokhtar akan menemui penonton setiap Rabu dan Khamis bermula 27 November ini, jam 9.50 malam di TV3.