Hiburan By: SGMS Faida August 9, 2019 @ 3:00pm

Adira Jawab Gosip Cerai…

“Bila pula saya cerai?,” kata penyanyi Adira yang terkejut dengan gosip yang dikeluarkan di sebuah portal hiburan mengatakan dia diceraikan suami, Datuk Seri Adnan Abu ketika sedang sarat mengandung.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi yang baru melahirkan anak ketiga semalam turut menafikan dia wanita yang berada dalam kamar mahkamah seperti disampaikan sumber kepada ruangan gosip itu, kelmarin.

 “Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menamakan artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya.
 
“Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja,” katanya kepada Harian Metro.
 
Akui Adira dia juga melalui ujian sepanjang perkahwinan bersama Datuk Red tetapi tidak sampai ke tahap bercerai. 

“Tipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

“Bagi saya, ia perkara biasa dalam perkahwinan dan dilalui oleh semua pasangan. Cuma, dalam kes saya tidaklah sampai nak bercerai berai.

“Suami masih menjalankan tanggungjawabnya. Paling penting sekarang, saya mahu fokus pada anak yang baru lahir, diri dan keluarga,” katanya.

Terdahulu, ruangan gosip sebuah portal hiburan menyiarkan artis wanita diceraikan ketika sedang hamil anak ketiga.

Menurut gosip itu, sumber berada dalam satu kamar dengan artis wanita berkenaan.

Sumber itu berkata, di hadapan hakim, artis wanita itu juga nampak pasrah dan reda mengenangkan nasib diri bakal bergelar janda sebaik saja anaknya dilahirkan beberapa bulan lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

资深艺人岳华病逝享寿76岁

香港一代传奇影星岳华传出在加拿大时间20日离世,据悉岳华近年来饱受病痛之苦,生前因为罹癌的关系身形爆瘦,辞世时夫人恬妮与女儿都在身边陪伴,友人张之玨证实岳华过世,享寿76岁。

Events Tue, 5 Nov 2019
Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

BARACK OBAMA REVEALS HIS LIKES AND DISLIKES IN INTERVIEW WITH PRINCE HARRY

One of the questions Prince Harry asked was “boxers or briefs?”. Check out Barack Obama’s answers.