Categories: HiburanTrending

Bayar Zakat Perniagaan RM1.15 Juta… Netizen Puji Aeril Zafrel, Wawa Zainal: “Yang Ni Nak Flex Takpe, Sebab…”

Pasangan selebriti terkenal yang juga ahli perniagaan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Aeril, 35, berkata, jumlah yang dibayar itu adalah hasil perniagaan tahun ini.

“Alhamdulillah, ini kewajipan yang perlu dilaksanakan. Kami bersyukur atas nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus daripada Allah SWT.

“Ini juga berkat sokongan tanpa henti daripada semua pihak dan pelanggan setia kami. Semoga 2024 dan tahun seterusnya akan menjadi tahun yang lebih baik lagi buat kita semua,” katanya.

Menurutnya, zakat yang dikeluarkan itu diharap dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Dalam rezeki kita, insya-Allah ada rezeki orang lain juga. Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Saya percaya, LZS adalah agensi terbaik dalam menguruskan perkara ini.

“Semoga usaha ini menjadi langkah awal dan pendorong buat orang lain juga. Percayalah, tidak miskin orang yang bersedekah di jalan Allah,” katanya.

Tahun lalu, Aeril Zafrel meraih penghargaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana melaksanakan bayaran zakat melebihi RM50,000.

Aeril dan Wawa juga berkongsi video mengenai pemberian zakat menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

Rata-rata netizen memuji pasangan ini dan berharap ia dapat menjadi inspirasi mereka di luar sana.

“Bayar zakat lebih RM1 juta. Yang ni nak flex takpe sebab boleh bagi inspirasi dekat usahawan kat luar sana untuk kerja kuat lagi so that boleh bayar zakat banyak macam ni. Moga terus sukses uols!

“Bagus. Contoh yang baik dan ingatan halus utk yang lain tunaikan zakat

“Alhamdulillah… Inilah keperluan umat Islam tu kaya… Boleh membantu umat Islam yang lain dalam bentuk Zakat. Orang lain yang tengok jangan iri hati… Doakanlah mereka lebih kaya raya agar dapat bantu orang lain lebih lagi..Kalau teringin nak kaya macam diorang, usahalah, agar boleh juga menyumbang sama dalam ekonomi umat Islam,” tulis warganet.

Padin