Afifah Nasir Dedah ‘Side Profile’ Teman Lelaki, Siap Bagi Amaran – “This Girl Is Not Available”

Pelakon Afifah Nasir tampil mendedahkan wajah teman lelakinya yang bernama Syed Hariz menerusi sebuah perkongsian di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Afifah telah mempamerkan gelagat kekasihnya itu sedang ‘stalk’ akaun Instagram miliknya.

Biarpun pelakon itu hanya berkongsi sisi tepi wajah kekasihnya, lelaki yang berjaya menambat hati Afifah itu kelihatan segak dan tampan.

“Stalking me I was just right next to him,” tulisnya.

Lebih menarik lagi, teman lelaki aktres itu turut memuji kecantikan dan nyanyiannya ketika membuat persembahan dalam sebuah program realiti, baru-baru ini.

“You so pretty, cantik baby. Sorry, I was staring a bit. I like this one, this one is my favourite. Superstar. Next door neighbour punya girl, but this girl is not available,” katanya.

Hasil pemerhatian XTRA, Hariz juga sempat meninggalkan komen berbaur pujian terhadap persembahan teman wanitanya itu pada perkongsian tersebut.

Fatin Nurain