Hiburan By: SGMS Faida August 31, 2018 @ 11:52am

Ahli Keluarga Raikan Hari Jadi Micheal Jackson Ke 60

Anak Jackson, Paris dan Prince, dua saudara lelakinya, Tito dan Jackie serta penyanyi R&B, Usher menyambut ulang tahun mendiang Micheal Jackson yang ke 60.

Dalam masa sama, anak dan anggota keluarga Raja Pop dunia itu turut melancarkan acara lelongan dan menerima pingat pada majlis mengingati mendiang.

Difahamkan, seramai 1,500 tetamu menyertai di Las Vegas semalam untuk pertunjukan Cirque du Soleil, ‘One’, berdasarkan muzik oleh penyanyi ‘Thriller’ itu.

Jackson meninggal dunia di Los Angeles pada Jun 2009 kerana dos berlebihan ubat pelali yang digunakan untuk membantu beliau tidur.

Doktor peribadinya, Conrad Murray, dipenjarakan dua tahun kerana menyebabkan kematian Jackson disebabkan kecuaiannya.

Paris, 20 dan Prince, 21, menerima Anugerah Legasi Yayasan AIDS Elizabeth Taylor bagi pihak bapa mereka.

Taylor, yang meninggal dunia pada 2011, ialah rakan rapat Jackson dan Paris menjadi duta yayasan itu.

“Ini adalah satu penghargaan untuk berada di sini mengenai sesuatu yang cukup disukai bapa saya,” kata Prince.

Mereka turut melancarkan lelongan sepasang kasut ciptaan terbaru bertatahkan delima dan berlian yang dijangka mencecah lebih AS$50,000 (RM205,000) pada jualan November ini.

Hasil jualan akan disalurkan kepada yayasan AIDS berkenaan. — Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Events Wed, 1 Jan 2020
Featured Sun, 2 Jan 2022

Wani Kayrie Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Idaman Bernilai Lebih RM190,000

Penyanyi dan pelakon muda Wani Kayrie, 22, menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah hasil kerja keras yang dilakukannya sebagai anak seni. Wani menerusi hantaran Instagram miliknya memuat naik beberapa gambar bersama kereta barunya yang merupakan […]

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Wed, 17 Jan 2024
Hiburan Wed, 30 Oct 2019

「金嗓天后」蔡琴明年2月15日槟城首唱!

曾来马举办过无数次演唱会的蔡琴,这回首次到「大马东方之珠」槟城开唱,邀请知音们共赴一场《风华绝代》的经典之夜。

Featured Wed, 28 Dec 2022