Hiburan By: SGMS Faida January 25, 2019 @ 2:00pm

Ahmad Dhani Mungkin Berdepan Hukuman Penjara, Apa Kata Mulan Jameela?

Isteri kepada penyanyi Ahmad Dhani, Mulan Jameela mengambil pendekatan untuk tidak menjawab soalan daripada media mengenai keputusan mahkamah yang akan diputuskan pada 28 Januari 2019.

Memetik laporan Kompas, Mulan yang hadir di majlis pelancaran IM Syar’i x Dhini Aminarti di Hotel Aviary, Tangerang Selatan kelihatan bingung selepas dikerumuni pengamal media Indonesia, baru-baru ini.

Dengan ringkas dia menjawab, “ Saya ke sini membantu Dhini dan saya juga memakai busana rekaanya. Iya ini baju Dhini,” katanya.

Penyanyi lagu Wonder Woman ini meminta agar pihak media memberinya ruang privasi dan tidak bertanyakan soalan mengenai kes itu lagi.

“ Next, pertanyaan yang lain,” kata Mulan.

Pengasas kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani kini berdepan dengan kes ‘Ujaran Kebencian’ di mana perbicaraan telah berjalan sejak 16 April tahun lalu. Jika disabitkan kesalahan, penyanyi ini boleh berdepan dengan hukuman penjara dua tahun.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Dhani dijadualkan datang ke Kuala Lumpur untuk Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia pada 2 Februari.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Aug 2019

Cantiknya Foto ‘Maternity Shoot’ Azrinaz Mazhar Hakim!

Selain memuji gaya Azrinaz dalam entri berkenaan, rata-rata turut mendoakan agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan.

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
TECH Wed, 17 Oct 2018

Nightstream is a New Game You Must Check Out

The game features multiple playable characters, each with their own personalities, motivations, and musical themes!

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Mewah Sebab Ditaja ‘Sugar Daddy’? Kilafairy Akhirnya Bersuara!

Saya mahu bekerja keras dan mengumpul aset sebelum berkahwin. Mengenai kritikan negatif, netizen boleh berkata apa yang mereka suka.

Hiburan Fri, 24 Nov 2023