Events By: Salma Syahbuddin August 13, 2022 @ 5:10pm

Ahmad Tarmimi Siregar Masih ‘Berbisa’… Bawa Watak Utama Dalam Filem Indonesia ‘Perjalanan Pertama’

Pengarah muda Indonesia, Arief Malinmudo mengakui bakat yang ada pada pelakon senior, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar tidak harus disia-siakan apatah lagi selepas melihat lakonan beliau yang disifatkannya sebagai sangat besar dan mempunyai potensi.

Menurut Arief, sebagai seorang ‘film maker’ muda yang pada ketika itu masih berumur 27 tahun, beliau sudah membayangkan Ahmad Tarmimi memegang watak utama dalam filem ini.

“Ketika saya develop cerita ini pada tahun 2017, Saya sudah membayangkan watak Gaek Tan ini dibawa oleh Datuk Tarmimi Siregar.

“Kerana sebagai seorang film maker muda, yang pada ketika itu umur saya baru menginjak 27 tahun, saya melihat potensi lakonan itu sangat besar dan boleh digali lagi. Dan saya merasa tertarik untuk itu,

“Jadi saya mula mengkaji dan menonton filem-filem beliau seperti Anak Sarawak, Abang dan lain-lain. Sehingga saya berfikir perlu bertemu dengan beliau sendiri. 

“Dan saya sebenarnya berasa beruntung bisa berkerjasama dengan Pak Tarmimi yang sudah 70 tahun dan Muzakki seorang rising star di Indonesia,” katanya kepada Xtra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arief Malinmudo (@arief_malinmudo)

Sementara itu, Ahmad Tarmimi Siregar menjelaskan proses penggambaran filem Perjalanan Pertama ini memberikan satu pengalaman buat dirinya secara peribadi.

Ia termasuklah, cabaran dari segi budaya kerja dan suasana yang sedikit berbeza namun, tidak dapat dinafikan penggambaran ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan.

“Ini adalah naskah kedua saya bersama pihak produksi. Yang pertama sekitar tahun 2017. Kalau nak cakap pasal cabaran mungkin tyang idnampak itu adalah cara kerja dan suasana yang sedikit berbeza.

“Yang lain, alhamdulillah. Selain proses yang sangat panjang, tempoh dua bulan yang diberikan oleh Arief itu untuk saya dan Muzakki lakukan latihan mencari chemistry, berlatih menaiki vespa, proses baca skrip… saya sememangnay sangat terkesima dan pastinya saya amat tertarik dengan semua hal ini,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arief Malinmudo (@arief_malinmudo)

 

Ahmad Tarmimi dan Arief Malinmudo berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang media filem Perjalanan Pertama yang berlangsung di The Starling, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Perjalanan Pertama merupakan sebuah filem bergenre kekeluargaan di mana ia mengisahkan tentang seorang datuk bernama Tan yang tinggal bersama cucunya Yahya lakonan Muzakki Ramadhan yang terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan walaupun pada usia yang masih kecil.

Filem yang akan menemui penonton di Malaysia pada 18 Ogos ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Muzakki Ramadhan, Randy Pangalila, Adinda Thomas, Gilang Dirga, Komo Ricky dan Angelica Petra.

Filem ini juga merupakan hasil kerjasama antara syarikat produksi Indonesia dan Malaysia iaitu, Mahakarya Pictures dan D’Ayu Pictures.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arief Malinmudo (@arief_malinmudo)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Tiga Episod Menuju Final, Leftenan Zana Raih 10 Juta Penonton!

Teruskan menonton Leftenan Zana yang dibarisi pelakon hebat seperti Janna Nick, Sheila Rusly, Redza Rosli, Tunku Hanis, Hairie Othman yang akan tamat pada 15 Mac ini setiap hari Rabu hingga Jumat, jam 9.00 malam hanya di TV3.

Hiburan Thu, 25 Jan 2018

FARID KAMIL DIDAKWA AMBIL DADAH, AKUI TIDAK BERSALAH

Datuk Farid yang diwakili oleh peguamnya, Athari Bahardi dilihat begitu tenang ketika pertuduhan tersebut dibacakan di depan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi

Trending Tue, 2 Mar 2021
Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Wed, 10 May 2023
Kisah Viral Wed, 6 Apr 2022

Dituduh Mencuri, Gadis Ini Bertindak Dedah Bekas Majikan Buat Aksi Lucah Di….

Gadis bertindak mendedahkan kisah sebenar bekas majikannya!