Aidil Aziz Sedia Tayang Badan Jika Perlu – “Saya Dah Ready Mental & Fizikal”

Pelakon Aidil Aziz mengakui dirinya sedia untuk menyahut apa sahaja cabaran yang akan datang sepanjang pembikinan filem Harimau Malaya: The Untold Journey arahan Datuk Afdlin Shauki.

Menurut Aidil, dia juga tidak kisah sekiranya ada babak yang memerlukannya untuk menayang badannya memandanngkan perkara itu adalah normal dalam sukan bola sepak.

Bahkan, pelakon itu turut menyatakan dia sudah bersedia secara mental dan fizikal untuk menjayakan wataknya sehabis baik dalam filem tersebut.

“Saya akan membawa watak pemain bola sebenar nama dia Dion Cools. Dia mat saleh. Bila saya ditawarkan watak tu, saya fikir saya kena speaking dan ada slang. Itu yang saya suka sebab itulah cabaran dia.

“Untuk tayang badan tu kena tanya pengarah, sebab secara logiknya sebagai player dalam bilik persalinan memang tanggal baju tu normal.

“Tak kisah kalau arahan director nak buat dia nampak real. Saya tak kisah sebab saya dah prepare cutting badan footballer.

“Nak saya buka baju lepas goal pun saya dah sedia. Kalau tak prepare nanti macam terfikir-fikir dan tak yakin. Jadi saya ready mentally dan physically saya akan buat je apa yang disuruh,” katanya.

Bagaimana pun, Aidil tetap akan menjaga batasnya dalam lakonannya walaupun isterinya, Fasha Sandha tidak meletakkan sebarang syarat sebelum terlibat dalam filem ini.

“Bila dah berkeluarga ni, kita tetap kena jaga. Tak ada syarat apa-apa tapi kita sendiri boleh fikir. Lagipun kita Malaysia, kita boleh sampai mana pun yang selebihnya hanyalah mainan kamera,” jelasnya.

Sebelum ini, Aidil meluahkan rasa terujanya apabila ditawarkan untuk berlakon menerusi filem ini selepas nekad untuk membuat badan.

Malah, Aidil turut menyatakan keputusannya itu turut mendapat sokongan daripada Fasha demi mendapatkan kepuasan dalam lakonan.

“Dia sangat suka sebab dia tahu saya memang tengah prepare badan untuk berlakon filem. Moral of the story, kita usaha dulu, Allah tahu mana yang terbaik nak bagi kat kita.

“Saya tak pernah berlakon filem sebelum ni. Bila tengok badan saya sebelum ni macam pakej drama. Saya nak main filem pula sebab nak kepuasan dalam lakonan. Jadi saya persiapkan diri saya dengan membuat badan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aidil Aziz Tak Sangka Ditawar Berlakon Filem Selepas Nekad Bina Badan – “Dulu Saya Saiz M, Sekarang Dah L”

ARTIKEL BERKAITAN: Afdlin Shauki Rungkai Kisah Tersembunyi Pasukan Bola Sepak Tanah Air Dalam Harimau Malaya: The Untold Journey

 

 

Fatin Nurain