Hiburan By: Ad Ops April 22, 2018 @ 6:53am

Ain Edruce Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

Gadis tinggi lampai, Ain Edruce, 27, merupakan anak kelahiran Terengganu yang semakin bergiat aktif dalam dunia seni tanah air. Bukan sahaja terlibat dalam dunia peragaan, beliau juga merupakan seorang pengacara dan pelakon. 

Baru-baru ini, Ain mengakui bahawa dirinya sedang berkawan dengan seorang kerabat diraja. Perkenalan dua tahun itu bermula daripada laman sosial instagram miliknya. Menurut Ain, beliau belum bersedia untuk mendedahkan identiti lelaki istimewa itu kerana ingin menjaga privasi kedua-dua belah pihak.

Si dia yang mula menghantar direct message (DM) kepada saya untuk mengenali saya dengan lebih rapat. Buat masa sekarang, saya lebih selesa berhubung dengannya melalui aplikasi DM walaupun sudah beberapa kali si dia meminta nombor telefon saya. 

Kami juga belum pernah bertemu dan status kami hanyalah kawan biasa”, kata Ain.

Bercerita mengenai hubungannya dengan kerabat diraja itu, Ain mengatakan bahawa beliau belum bersedia untuk ke fasa seterusnya. Setakat ini beliau hanya selesa untuk berkawan kerana dirinya sedar bukan mudah untuk menjalinkan hubungan dengan golongan istana kerana terdapat beberapa protokol yang perlu dipatuhi.

Figura cantik manis ini turut menafikan dakwaan bahawa beliau memilih untuk hanya berkawan dengan lelaki VIP sahaja. Sebenarnya, beliau juga selesa berkawan dengan orang biasa. Cuma, beliau cuba mengelak untuk bercinta dengan rakan selebriti atau suami orang.

Apa pun, kalau ada berita gembira, diharap Ain Edruce dapatlah berkongsi dengan peminat setianya. Kami mendoakan agar beliau lebih sukses dalam karier juga!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Aug 2021

Ustazah “Tersekat” Saat Khusyuk Berdoa Di IG Live, Reaksi Wanita Ini Cuit Perhatian Ramai… Lawaknya!

Penyakit melatah sememangnya tidak boleh dielakkan, kadang kala ia terjadi dalan situasi yang tidak dijangka termasuklah ketika kita berdepan dalam situasi yang serius. Baru-baru ini, reaksi seorang wanita yang muncul di Instagram live pelakon Zahiril […]

Trending Hari Ini Mon, 1 Jun 2020
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Tak Ikut Jejak Seni… Ogy Ahmad Daud Syukur Anak Lebih Suka Baca Buku & Belajar

Bagusnya anak Kak Ogy! Lagi pula, dunia seni banyak cabaran tau!

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Exo Bakal Keluarkan Lagu Baru?

Tak sabar nak tunggu November nanti!