Aina Abdul Bagi Teaser Lagu ‘Jangan Mati Rasa Itu’ & ‘Bilang’ Buat Warganet Meremang!

Penyanyi Aina Abdul tampil berkongsi teaser lagu terbaharunya yang berjudul Jangan Mati Rasa Itu dan Bilang ketika membuat live di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh akaun peminatnya, Aina turut menyanyikan lagu tersebut yang mempunyai bait lirik yang menusuk kalbu.

Menurut Aina, dia baru sahaja selesai merakamkan lagu tersebut dan sangat teruja untuk memperdengarkan kepada umum.

“Jangan Mati Rasa Itu. Saya baru habis lagu ni. Jadi, saya nak sangat bagi anda semua dengar sedikit chorus dia,” katanya.

@ainations Teaser Jangan Mati Rasa Itu.. #ainaabdul #fypシ ♬ original sound – Ainations

Malah, tular sebuah video di mana Aina turut menyanyikan sebuah lagi single terbaharunya yang berjudul ‘Bilang’.

@ainaabdul_memoirs Lagu bertajuk ‘Bilang’ yang bakal menjadi salah satu lagu di dalam Album Aina Abdul InsyaAllah❤️ #bilang #ainaabdul ♬ original sound – Aina Abdul Memoir

Biarpun baru menyanyikan bahagian korus, nyanyian Juara Anugerah Juara Lagu (AJL37) itu sekali gus meraih pujian dalam kalangan peminatnya.

Malah, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet menerusi ruangan komen.

Fatin Nurain