Aina Abdul Lali Kecaman, Sifatkan Diri Seperti Baju Kalis Peluru

Sebelum ini tular apabila fesyen yang dibawakan oleh Aina Abdul di dalam sebuah program nyanyian mendapat kecaman oleh netizen yang mengatakan pakaiannya itu mengganggu pandangan penonton di belakangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan Dengan Beluncas, Fesyen Aina Abdul Dikritik Netizen – “Tolong Fikir Penonton Dekat Belakang”

Terbaru, menurut artikel Harian Metro, Aina mengulas bahawa dia sudah lali dengan kecaman oleh netizen tentang fesyen yang dibawakan dan menyifatkan bahawa dirinya umpama baju kalis peluru kerana sudah lali dengan kecaman yang diberikan.

“Saya sudah lali dengan kecaman netizen dan menganggap diri ini seperti baju kalis peluru

“Saya anggap menjadi juri dalam program nyanyian itu adalah peluang keemasan untuk meninggalkan kesan dan impak positif pada program itu.

“Sebagai juri, saya hanya duduk. Sebab itu penampilan dan imej saya penting untuk memberi impak kepada penonton,” katanya.

Menurut Aina lagi, dia sedar bahawa fesyen yang digayakan pada pada Ahad lalu bakal mengundang ketidakselesaaan kepada penonton mahupun penganjur.

Tetapi baginya, dia ingin membawakan feseyen dan gaya yang berlainan pada setiap minggu agar identiti sebagai ‘Aina Abdul’ lebih dikenali.

Untuk rekod, Aina merupakan juri tetap program nyanyian tersebut bersama penyanyi dan komposer terkenal iaitu Ajai dan diacarakan oleh pengacara sensasi dari Malaysia dan negara seberang, Elly Mazlein serta Rina Nose.

Izzi Farhana