Aina Abdul Perjelas Spekulasi Kos Busana ABPBH 35 Didakwa Bernilai RM50,000

Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) Aina Abdul terkilan apabila ada pihak tampil mendedahkan kos busana yang dipakainya ketika acara karpet merah yang diadakan baru-baru ini.

Menurut pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani, 29, menerusi hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya, dia tidak pernah memaklumkan kepada mana-mana pihak tentang kos sebenar busana yang dipakainya termasuklah sut gergasi berwarna merah rekaan Behati itu.

Justeru, dia memohon agar pihak yang terlibat tidak menimbulkan spekulasi berkaitan kos perbelanjaannya pada malam anugerah tersebut.

“Saya tak pernah mention the exact amount untuk kos perbelanjaan. Never in my career akan reveal the cost.

“Seperti yang saya cakap semalam, saya belum dapat invoice, anggaran selepas dengan ura-ura dari team management ‘mungkin’ puluhan ribu,” katanya.

 

 

Terdahulu, Aina mencuri perhatian ramai apabila hadir dengan menaiki lori serta tampil dengan tiga persalinan termasuklah sut gergasi berwarna merah pada malam anugerah berprestij yang diadakan pada Sabtu lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

 

 

Sumber: Murai

Salma Syahbuddin