Air Mata Norman Hakim, Aliff Satar Jatuh Di Penjara Sungai Buloh

Pelakon Norman Hakim sebak apabila diberi kesempatan bertemu dengan banduan akhir di Penjara Sungai Buloh, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagramnya, Norman bercerita tentang pengalaman beriftar, bersolat, terawih, tazkirah dan moreh bersama banduan akhir anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bersama dengan penyanyi Aliff Satar yang turut serta dalam program itu.

“ Yup yang berbaju putih & berlengan merah itulah sahabat- sahabat banduan akhir kita yg menunggu masa utk dijatuhi hukum. Mohon Allah s.w.t ampuni saya kerana berpandangan & berperasaan skeptikel yg bercampur baur sebelum bertemu sahabat2 kita ni.

“ Saya tahu saya tak kuat.Bila bersalam pun mata ni menahan genang. Kuasa Allah SWT wajah- wajah mereka sangat tenang,senyuman yang tak pernah lekang & kebanyakan berbekalkan tasbih & tafsir Al-Quran ditangan. Sahabat2 kita ni mmg dah ‘sangat bersedia’ utk menuju ke pengakhiran.Taqwa & iman seiring dalam persahabatan antara mereka,” tulisnya.

Akui Norman, dia banyak mendiamkan diri sepanjang berada di situ dan mendoakan hal yang terbaik buat banduan akhir di sana.

“ Sepanjang empat jam pertemuan, saya banyak berdiam mendoakan segala yg terbaik buat mereka. Mereka yang lebih banyak berkongsi kisah dan cerita sambil pegang tangan, muka saya.

“ Yang paling tersemat dalam kepala nasihat dari mereka kpd saya adalah utk sentiasa menghargai makna KEBEBASAN & SAYANGI orang2 sekeliling selagi masih ada,” tulisnya.

Suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini juga terkejut mendengar jawapan daripada mereka sekiranya berpeluang untuk bebas semula, apakah perkara pertama yang akan dilakukan oleh mereka.

“ Jawapan mengejut diberikan, mereka cakap mereka lebih bahagia disini sbb diluar sana terlalu banyak ancaman katanya.Saya terkedu tak tahu nak cakap apa. Konklusi saya, disinilah istana & syurga mereka. Mereka bahagia berada di dalam tembok besi itu kerana di luar terlalu banyak ancaman,” katanya.

Jelasnya, kebanyakan banduan-banduan akhir yang ditemui Norman itu sudah lebih 10 tahun mendiami penjara berkenaan mengenalinya berbanding banduan yang berada lebih daripada tempoh tersebut.

Sementara itu, Aliff Satar turut berkongsi rasa sebak dan tidak dapat menahan air mata sepanjang sesi perjumpaan itu.

“ Saya dapat bersembang dan mereka berkongsi cerita bagaimana, apa erti kehidupan buat mereka sekarang.

“ Semoga Taubat dan Doa mereka diterima Allah. Walaupun dalam penjara, saya rasa mereka sudah menemui jalan Allah,” katanya yang berjanji akan berkongsi pengalaman itu menerusi laman Youtubenya.

 

SGMS Faida