Air Supply Masih Berbisa, Tinggalkan Momen Manis Buat Peminat Di Malaysia

Kehadiran kumpulan yang popular sekitar tahun 1975 dengan lagu-lagu cinta menusuk jiwa mereka ternyata masih mampu memukau penonton yang membanjiri Arena of Stars, Genting Highlands semalam.

Sebanyak 16 buah lagu yang didendangkan dengan penuh bertenaga, nampaknya kehebatan vokal penyanyi, penulis lirik merangkap gitaris, Graham Russell dan vokalis Air Supply, Russell Hitchcock ini ternyata masih tiada tandingannya.

Tampil kekal bertenaga sepanjang dua jam setengah persembahan, Air Supply The Lost In Love Experience In Genting ini adalah suatu kepuasan untuk diselit dalam memori 2019 apabila penonton yang hadir berdiri memberikan standing ovation di akhir persembahan penyanyi ini.

Memulakan konsert dengan pilihan lagu-lagu popular seperti, Sweet Dreams, Goodbye, Every Woman, Without You, Just As I Am dan banyak lagi sekaligus membuatkan peminat-peminat beliau tidak melepaskan peluang untuk sing along bersama penyanyi kesayangan mereka.

Sumber : www.xtra.com

Pentas turut dihangatkan dengan lagu Shake It apabila Graham Russell turut menyanyi dan memulakan tarian beliau.

Apapun,  Air Supply The Lost In Love Experience In Genting semestinya meninggalkan seribu satu kenangan bersama lagu penutup mereka All Out Of Love.

Salma Syahbuddin