Hiburan By: Maya Basir May 25, 2022 @ 12:03pm

Aishah Gembira Solo, Tak Fikir Kahwin Lagi – “Kalau Ada Calon, Kena Dapat…”

Penyanyi Datuk Aishah Ariffin tiada masalah untuk hidup bersendirian malah gembira dengan rutin seharian selepas kembali solo.

Berpisah dengan bekas suami pada Disember 2021, Aishah mengakui anak-anak menjadi kekuatannya.

“Jujurnya, saya okey sahaja. Kalau ikutkan memang tak banyak berubah pun. Memanglah si dia tiada di sisi, tetapi rutin masih sama. Saya ada rumah, ada anak-anak… Kalau bosan saya buat ‘art’ saya.

“Memang dari dulu lagi saya suka berdikari. Kalau ada persembahan yang memerlukan saya memandu, saya akan pandu kereta sendiri. Selain anak-anak menjadi sumber kekuatan, saya juga menjaga hubungan baik dengan Allah SWT.

“Anak-anak ada beritahu saya. Kalaulah ditakdirkan suatu hari nanti saya bertemu pilihan hati, mereka mahu bertemu dengan lelaki itu.

“Sebab buat masa ini, anak-anak merupakan penjaga saya. Mereka pun dah dewasa dan garang pula,” katanya.

Aishah ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya, Ketentuan Takdir yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, semalam.

Apabila diajukan soalan sama ada dia bersedia untuk kembali bergelar isteri, Aishah tidak mahu mengulas lanjut perkara itu.

“Malas sebenarnya nak bercakap soal cinta sebab tiada masalah untuk hidup sebegini. Sekarang saya gembira. Nak makan apa saya makan saja. Nak bangun tidur pukul berapa pun ikut saya, nak tidur seharian pun tak mengapa.

“Namun, tak tahulah nanti tiba-tiba ada yang datang menjentik hati. Tapi buat masa ini memang tiada sebarang perancangan ke arah itu (berkahwin),” kata Aishah.

Aishah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Armand Azhari, 28 menerusi perkahwinan pertama dan Azhad Ahlami, 23, hasil perkahwinan kedua.

Dalam pada itu, bercerita mengenai single terbaharunya, Aishah mengakui ia memberi satu makna berbeza.

“Lagu Ketentuan Takdir hasil ciptaan Chevy Amri ini ada kelainan dan memang itu pun yang saya cari. Ini supaya lagu-lagu yang saya rakam tak mudah diagak dan ia ada kelainan. Saya suka dengan sentuhan dan susunan lagu ini terutama bila lirik lagu ini menceritakan keresahan dalam jiwa dan emosi.

“Apabila dapat baca lirik yang ditulis oleh Datuk Habsah Hassan, pada saya ia memberi makna yang baru dan saya boleh kaitkan dengan apa yang terjadi mengenai lagu itu.

“Pada saya untuk menyanyi dengan baik, perlu ada kemampuan untuk fahami jalan cerita lagu itu. Apabila sudah dapat lirik saya setuju untuk teruskan. Proses ini berlaku dengan cepat, Azlan Abu Hassan buat susunan dan seterusnya buat rakaman,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Gelagat Artis Malaysia Menari #KekeChallenge Memang Cool!

Inilah antara gelagat artis Malaysia menyahut cabaran #kekechallenge

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

Belum Lagi Bertunang, Itu Semua Khabar Angin

Kenapa Jejai ucap tahniah pada Fasha dan Aidil? Ada apa yang tidak dikongsi bersama dengan peminat

Events Mon, 9 Jul 2018

Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis 4 Ogos

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 21 Julai manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama 14 hari. Jangan lupa turun mengundi ok? Berita lanjut menyusul di Buletin Utama jam 8 malam ini.

Trending Thu, 3 Jun 2021
Events Tue, 27 Aug 2019

“Yes, I Do”- WAF X Marriott Bridal Event Is Not Your Typical Wedding Scene And Here’s Why

Marriott X WAF 2019 push the boundaries of the wedding scene in Malaysia.

Hiburan Thu, 22 Jun 2023
Trending Thu, 11 Jan 2018

‘Bandar Rahsia’ Paling Cantik di Thailand

Khao Yai adalah salah satu daripada daerah yang paling cantik di Thailand, hanya 3 jam memandu dari Bangkok.  Khao Yai juga dikatakan sebagai mini Europe dengan taman bunga yang luas, replika rumah hobbit dan struktur […]

Featured Sat, 25 Mar 2023

“Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat, Tapi Dia…” – Patimah Ismail Mohon Henti Buat Spekulasi

Kasih sayang ibu mentua tiada penghujungnya ❤️ “Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti” – Patimah Ismail