Hiburan By: SGMS Faida August 28, 2018 @ 10:03am

Aishah Kecewa Dapat Rantai Palsu, Ini Jawapan Datuk Seri Vida…

“ Saya beli rantai tu dekat Hong Kong empat tahun lalu. Ia amat berharga di mata saya,” jawab Datuk Seri Vida berhubung dakwaan hadiah rantai palsu yang diberikan kepada Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah.

Semalam, penyanyi Aishah mendedahkan kekecewaanya selepas mendapati hadiah rantai yang diwar-warkan bernilai RM80,000 rupa-rupanya palsu.

Dalam pada itu, Datuk Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tampil dengan penjelasan.  

“ Barang kemas tersebut diperbuat daripada emas putih bertatahkan batu permata yang dibeli itu ada orang cakap batu sintetiklah… orang kata palsulah tapi hakikatnya ia bukan rantai palsu. Ia adalah rantai emas putih dan batu permatanya adalah daripada gred tertentu,” katanya kepada portal Mstar.

Dalam pada itu, Vida memberitahu dia bakal bertemu Aishah dalam masa terdekat dan menggantikan rantai itu dengan sesuatu yang ‘luar biasa’.

“ Pulangkan kepada saya, tidak mengapa. Saya akan gantikan rantai itu dengan satu benda yang sangat luar biasa iaitu Lavida Coin. Lepas itu barulah dia akan kata inilah rupa-rupanya yang saya cari selama ini,” katanya.

Mengulas mengenai harga rantai berkenaan, Vida memberitahu rantai itu dibeli pada harga RM40,000 tetapi mendakwa nilainya meningkat dua kali ganda mengikut harga pasaran jualan.

“Saya beli harga modal RM40,000 tapi setelah mark up harganya mencecah RM80,000. Kalau dah diskaun dapatlah RM50,000, biasalah adat orang berniaga,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Aishah turut memberitahu dia terkilan sehingga kini dia juga masih belum menerima lot tanah yang dijanjikan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Hiburan Thu, 25 Jan 2018

FANS NO LONGER ABLE TO SEND GIFTS TO BTS

Sending presents are often seen as a sign of love, appreciation and admiration. Unfortunately, fans are no longer allowed to send BTS members gifts.

Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Kenapa Yuna Rahsiakan Perkahwinan

Betul ke Yuna rahsiakan perkahwinan dan kenapa perlu berbuat sebegitu

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

2019年《八度空间嘉年华》星光熠熠!超过三十组艺人轮番出场

在长达两天的嘉年华中,民众除了可以参与现场不同游戏摊位赢奖品外,还可跟超过30组的艺人近距离接触,可谓星光熠熠,势必为活动掀起一波又一波的高潮!

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Awal Dan Scha Nak Anak Lagi?

Scha Mengandung Ke?