Aishah Tegur Netizen Yang Sering Anggap Artis Hanya Kejar Populariti & Lagha – “Takkan Kita Nak Rakam Video Kita Beribadah?”

Penyanyi Datuk Aishah tampil memperbetulkan persepsi sesetengah warganet yang sering mendakwa golongan artis hanya mengejar populariti dan lagha semata-mata.

Menurut Aishah atau nama lengkapnya Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, ibadah yang dilakukannya bukan untuk dipamerkan dalam media sosial.

“Alhamdulillah di atas ingatan daripada para-para ‘wali’  yang mengingatkan I untuk mencari ilmu agama, banyakkan ibadah dan lain-lain.

“Mentang-mentang kita artist senior, yang muda tak mati ke? Cuma I nak perbetulkan sedikit persepsi orang-orang di luar sana yang ingatkan kita ni dalam bidang ini lagha semata-mata 24/7.

“Sebenarnya persepsi itu tidak betul kerana sebagaimana orang lain juga pekerjaan kita mengambil sebahagian dari masa kita setiap hari.

“Itu yang orang nampak, selebihnya masa kita lakukan perkara lain in private. Takkan kita nak rakam video kita beribadah? Dah jadi lain pula, riyak jadinya, timbul perasaan ujub,” katanya.

Tambah pelantun lagu Camar Yang Pulang ini lagi, biarpun sibuk dengan kerjaya seni, dia tidak pernah melupakan tanggungjawab kepada Yang Maha Esa.

Malah menyifatkan amal ibadah seseorang itu adalah urusan bersama Tuhan.

“Insya-Allah walaupun sibuk sedikit dengan pertandingan, kami di sini tidak lupa tanggungjawab kami terhadap Sang Pencipta.

“I sendiri routine sampai di bilik persalinan akan membaca surah Yassin dan kalau sempat surah-surah amalan harian lain.

“Dalam bersiap juga sempat, bukan solat yang wajib saja tetapi yang sunat juga. Yang dirakam video kami praktis nyanyi, tapi masa kami berzikir itu antara kami dan Allah S.W.T.

“Syaitan punya banyak perangkap, yang paling licik apabila mereka dapat membuat manusia rasa hebat dengan amalan mereka sendiri dan memandang hina kepada orang yang mereka rasa tidak sehebat mereka dari segi amalan.

“Jangan kita tertipu dengan  muslihat syaitan. Sia-sia dan rugi di kemudian hari,” pesannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Tak Suka Artis Sendu, Tak Payah Tengok! – Aishah Bidas ‘Haters’ Mulut Puaka

ARTIKEL BERKAITAN:  Wow! Berat Badan Turun, Aishah Mampu Pakai Baju Kebaya 30 Tahun Lepas – “Impian Pakai Kebaya Raya Kalini Tercapai”

Khairil Khusyairi