Hiburan By: SGMS Faida July 18, 2019 @ 2:06pm

Aisyah Aziz Lebih Layak?

“Kalau tanya saya, pilihan saya adalah Aisyah Aziz,”kata Ernie Zakri ketika menjawab soalan media siapa penyanyi yang layak membawakan lagu Anta Permana di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) nanti.

Kata Ernie ketika ditemui Xtra dia belum menerima sebarang tawaran rasmi dari komposer atau penyanyi lagu itu sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Saya serahkan kepada mereka untuk membuat pilihan. Jujurnya saya berbesar hati sekiranya dapat menggantikan tempat beliau (DS Siti Nurhaliza) jika diberi peluang.

“Ada dengar mengenai hal ini tetapi belum serius lagi,”kata Ernie ketika ditemui di sidang media program Mentor Milenia di Sri Pentas, baru-baru ini.

Kata Ernie, dia melihat sosok Aisyah sebagai individu paling sesuai kerana suaranya yang luar biasa.

“Bila suara berbeza dari penyanyi asal, pendengar atau penonton tidak membuat pertandingan ketara atau samakan persembahan mereka.

“Aisyah memiliki suara seperti ala Allahyarham Puan Sri Saloma. Saya rasa dia calon sesuai untuk membawakan Anta Permana,”katanya.

Terdahulu, Siti pernah memberitahu mahu melihat Ernie menggantikan tempatnya di AJL34 untuk lagu Anta Permana seandainya terpilih ke pentas akhir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Mon, 20 Jul 2020
Featured Wed, 16 Mar 2022
Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Bunkface Dedikasi ‘Korang’ Untuk Peminat & Sahabat Rapat

Kumpulan rock popular, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul Korang. Korang merupakan dedikasi Bunkface untuk peminat dan sahabat rapat mereka yang tidak pernah Lelah menyokong semenjak hari pertama. “Lagu ini menceritakan mengenai

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Wany Hasrita Jangka Ara Johari Menang Besar Di AJL 33

Selain Ara, saya rasa Kak Misha juga ada potensi untuk menang lagu terbaik.

Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Sat, 18 Sep 2021
Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Sajat Dan Coach Yin Putus?

Dan, menurut Sajat pada mulanya mereka memang telah breakup tetapi, memandangkan mereka masih sayang antara satu sama lain, mereka membuat keputusan untuk kembali bersama

Featured Thu, 24 Nov 2022

| Live TV