Ajak Kolaborasi Baik Pulih Rumah Baru, Netizen Persoal Tindakan Nabila Huda?

Tindakan pelakon Nabila Huda yang mengajak pihak berminat berkolaborasi untuk proses baik pulih sebuah rumah menimbulkan persoalan netizen.

Menerusi perkongsian di Twitter, Nabila atau lebih mesra disapa Abil bakal berpindah ke rumah jenis ‘landed’ dan mencari syarikat untuk berkolaborasi memperbaharui rumah tersebut.

“Oh my god! I can’t wait to move into my first landed home. Tapi banyak la nak kena buat sebab rumah tu rumah lama and kosong takde apa.

“Is there any company yang interested nak collab dengan Abil untuk refurbish my home? Abil perlukan kitchen cabinet untuk sesi cooking show Abil.. Eeee excited gila tau!

“My first landed home ever! Just a cute landed terrace house je la..hihi..I am super excited! Siapa interested can DM me ok,” tulisnya.

Namun, ada yang mempertikaikan tindakan Abil itu hanya menguntungkan dirinya sahaja dan mereka mendakwa kolaborasi membawa maksud menerima servis secara percuma.

Malah dakwa netizen lagi, Abil adalah seorang selebriti dan tidak sesuai dengan kumpulan sasarannya untuk ditaja kelengkapan rumah atau proses baik pulih kediaman.

“Biasanya collab = free. Yang untung dia. Boleh try la tanya,” kata individu berkenaan.

Meninjau reaksi orang ramai, rata-rata netizen turut mempersoalkan maksud kolaborasi.

“I pun terfikir benda sama. Artis ni memang senang-senang je eh minta colab? Padahal berduit. Hmm.

“Ye tu aku terfikir tadi, company mana yang sanggup invest duit renovate rumah demi tunggu exposure dari artis ni? Unless 70/30 atau rundingan lain yang win win situation.

“Wow baru tahu pasal ni,” komen netizen.

Maya Basir