AJL 37: Wishlist Mengacara Dengan Jihan Muse Tercapai! Sherry Alhadad Tak Nak ‘Over Shadow’, Seimbang Dengan Lawak Jenaka

Pastinya ramai yang tidak sabar melihat gandingan dua pengacara popular yang akan mengendalikan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-37 yang bakal berlangsung malam ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Selebriti popular, Sherry Alhadad yang sebelum ini pernah mengacarakan AJL bersama penyanyi, Alif Satar dan pengacara Awal Ashaari dan Haziq Hussni, dia ‘dihantui’ perasaan gemuruh selepas setahun tidak beraksi dalam program tersebut.

“Saya gemuruh sebab tahun lalu saya tak mengacarakan AJL. Kali terakhir saya mengacara program Muzik Muzik dan AJL adalah pada edisi yang ke-35. Setahun berehat, kiranya saya macam tengah internship sekarang, baru masuk industri.

“Peluang untuk bekerjasama dengan pengacara Jihan Muse buat kali pertama adalah antara ‘wishlist’ saya yang akhirnya menjadi kenyataan,” katanya.

Disoal mengenai persediaan dalam mengacara AJL, Sherry berkata mereka melakukan usaha lebih dengan berjumpa di luar waktu kerja untuk berbincang mengenai skrip dan content.

“Kami extra nervous sampai buat extra kerja, saya datang ke rumah Jihan untuk buat skrip bersama. Kami nak yang terbaik sebab pihak penerbit dan produksi AJL beri tanggungjawab sangat besar. Pastinya bila kita berada di atas pentas segala info dan content kena kukuh.

“Kami buat script reading sekali di Sri Pentas, kemudian saya datang ke rumah Jihan dan semasa full dress rehearsal. Itu hanya untuk content yang dah sedia ada dan untuk malam ini kami menyaksikan semua penyanyi sound check, jadi dari situ kami juga akan masukkan sekali input untuk hari berlangsung,” tambahnya.


Di kesempatan itu, berdasarkan pemerhatian XTRA di media sosial rata-rata peminat tidak sabar menyaksikan gandingan meletop dua pengacara yang boleh dikatakan ‘masuk air’ ini.

Ramai yang mempunyai jangkaan bahawa cara pengacaraan Sherry dan Jihan akan dipenuhi dengan lawak jenaka.

Bagaimanapun, Sherry berkata pengacara hanyalah penyeri dan tiang dalam memperkukuhkan acara tersebut dengan pelbagai maklumat serta mahu memberi pengiktirafan kepada semua yang terlibat.

“Mungkin orang akan expect mesti kita akan bergelak ketawa, tapi dalam masa yang sama kita kena ingat ini adalah pertandingan nyanyian. Apa yang kami nak highlightkan adalah penyanyi, komposer dan penulis lirik lagu tersebut.

“Kami hanyalah pengacara yang boleh digambarkan sebagai tiang untuk memberi acara ini kukuh tapi dalam masa yang sama highlightnya pada pengacara.

“Kami hanyalah penyeri dan penambah perisa sedikit. Kita cuba untuk buat sehabis baik, tak adalah setiap kali tu lawak saja.

“Perkara yang kami nak fokuskan adalah pertandingan nyanyian, komposer dan penulis lirik. Kami ini kiranya kami macam berlakon. Kami sporting tapi tak boleh over shadow watak utama,” katanya.


Pelbagai eleman kejutan dan luar biasa akan ditonjolkan baik dari pengacara mahupun penyanyi di malam anugerah berprestij AJL ke-37. Persoalannya, Siapakah yang bakal merebut gelaran juara untuk edisi kali ini?

Jangan lupa saksikan malam kemuncak AJL 37 pada 12 Februari 2023 jam 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

AJL 37 didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama bagi menghangatkan acara yang memartabatkan lagu terbaik, tahun ini.

Jangan lupa juga untuk gunakan tanda pagar #AJL37 di setiap posting anda dalam menghangatkan perbualan alam maya.

Aqilah Paharuzi