#AJL33: Sufian Suhaimi Harap Sihat Sebelum Bertanding

Salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu 33, Sufian Suhaimi mengakui teruja untuk melunaskan tanggungjawabnya nanti.

Sufian yang bakal membawakan lagu Di Matamu memberitahu dia sudah tidak sabar menunggu tibanya hari ini.

“ Alhamdulillah… Saya kini giat melakukan persiapan untuk AJL 33. 

“ Konsep persembahan sudah dibincangkan. Cuma belum diputuskan yang mana satu mahu dipilih,” katanya kepada BH Online.

Kata penyanyi berusia 27 tahun, dia berharap agar kesihatan memihak kepadanya pada hari itu nanti.

“Cuma saya risau dengan kesihatan… Baru-baru ini, tekak saya berdarah lagi bercampur dengan demam dan batuk. Harap masalah ini akan lekas pergi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sufian sudah selesai merakam single kelima cuma judulnya belum diputuskan lagi.

SGMS Faida