AJL37: Nyanyi Gantung Terbalik Sepanjang Persembahan, Naim Daniel Akui Tak Mudah Kawal Vokal – “Saya Jalani Training ‘Brutal’”

Finalis anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37, Naim Daniel mengejutkan ramai penonton apabila tampil membuat gimik di pentas Axiata Arena, Bukit Jalil.

Mempertaruhkan single Mainan, Naim yang menyanyi secara tergantung dan terbalik 180 darjah meraih sorakan ramai.

Apa yang paling menarik adalah, pelantun lagu Sumpah ini membawa lagu Mainan secara tergantung selama satu lagu penuh sehingga habis.

Ketika ditemui baru-baru ini, Naim berkata tidak mudah untuk mengawal vokalnya sepanjang melakukan persembahan itu, namun dia menjalani latihan brutal seminggu selepas program realiti Famili Duo berakhir.

“Actually memang perlukan satu training yang agak ‘brutal’ jugak, saya sendiri akan selang seli dengan my core exercise (simple workout). Belajar methods of breathing.

“Selepas Famili Duo baru saya start training, seminggu selepas tu. Konsep saya dah bagi awal, fully daripada diri saya sendiri. selepas semi final lagi, tapi untuk preparation.

“Ini adalah satu benda yang tak pernah dibuat lagi di AJL, jadi untuk kali ini saya rasa apa kata kita datangkan satu benda yang berbeza dalam industri seni,” katanya.

Adakah gimik yang dipersembahkan oleh Naim mampu merangkul anugerah Persembahan Terbaik atau bergelar Juara? Sama-sama kita nantikan.

AJL 37 didimensikan oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama bagi menghangatkan acara yang memartabatkan lagu terbaik, tahun ini.

Tahun ini menyaksikan penganjuran AJL sangat gemilang dengan kehadiran penonton setelah dua tahun diadakan tanpa kemeriahan dan sorakan di dewan.

Gunakan hashtag #AJL37 dan #roadtoAJL37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Aqilah Paharuzi