Categories: HiburanTrending

AJL38: Siti Nurhaliza Sifatkan Persembahan Amir Jahari Mampu Beri Kejutan

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memuji persembahan Amir Jahari yang mempertaruhkan lagu Hasrat di Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), malam ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Siti menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs), sebentar tadi.

“Lagu Amir sampai lain macam. Boleh buat kejutan ni,” tulisnya.

Terdahulu, Amir telah meraih ‘standing obviation’ dalam kalangan penonton selepas membuat persembahan yang penuh memukau.

Alami dunia Muzikaverse di AJL38, bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

 

 

Fatin Nurain