“Akak Bagi Free Je, Awak Adik Akak” – Dedah Perbualan Dengan Siti Sarah, Uqasha Senrose Terkilan Hajat Tak Kesampaian

Berita pemergian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin memberi kesan yang mendalam buat ramai yang pernah mengenali beliau secara dekat termasuk pelakon jelita, Uqasha Senrose.

Uqasha yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi mendedahkan hajatnya untuk melihat Siti Sarah menyanyi di majlis resepsinya.

Berkongsi perbualan terakhir di laman Instagram, Uqasha sempat meluahkan hajatnya kepada Siti Sarah namun arwah menolak untuk diberi bayaran malah menawarkan untuk membuat persembahan secara percuma di majlis resepsi.

“Kalau awak, akak bagi free je. Awak kan adik akak” tulis Siti Sarah.

Menerusi paparan skrin perbualan tersebut, Siti Sarah dilihat memuji kecantikan dan bakat dimiliki Uqasha malah turut bermurah hati untuk menghadiahkan jenama tudungnya buat Uqasha.

Uqasha menerusi laman Instagram meluahkan perasaan sayu atas kehilangan Siti Sarah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat-sangat baik. Keikhlasan dan kebaikan penyanyi itu ternyata telah menyentuh hati ramai pihak.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur selepas melahirkan anak di dalam kandungan yang berusia tujuh bulan secara pembedahan dan pada masa yang sama, Sarah berjuang melawan wabak Covid-

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”