Akak Stesen Minyak Gurau Minta Nak Makan Mi Segera Sebab Lapar, Respons Kanak-Kanak Lelaki Ini Tak Dijangka

Tular baru-baru ini sebuah video di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dan adik perempuan membawa bekal makanan kepada seorang wanita di stesen minyak.

Menerusi video tersebut, difahamkan wanita itu hanya bergurau dan memberitahu bahawa dia sedang lapar.

Apa yang mencuit hati, wanita berkenaan tidak menyangka kanak-kanak tersebut mengikut arahannya dan membawa bekal makanan berisi mi segera bersama telur kepadanya.

“Budak bertuah ni betul-betul masakkan aku maggi dari rumah mak dia.

“Akak gurau je Adam, nanti mak kau tanya. Aku cakaplah kat dia, Adam akak lapar kau pergilah rembat nasi rumah mak kau lepastu dia cakap okay tunggu saya masak maggi untuk akak.

“Budak-budak ni betul-betul masakkan aku maggi dari rumah mak dia,” tulisnya.

@meknaa_yamaa96 Bile bdk stranger suke kau n nk bekwn be like hahahah lyn je lh mmg annoying biase lh ank bongsu adk xde , lyn je lh cm ank2 buah🤣🤍 .. #budakbaik #fypシ゚viral #caltex @✿꧁𝑀𝑒𝓀𝓃𝒶𝒶𝒶 ツ꧂✿ ♬ bunyi asal – ✿꧁𝑀𝑒𝓀𝓃𝒶𝒶𝒶 ツ꧂✿

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap wanita terbabit kerana rajin melayan kanak-kanak tersebut.

Bukan itu sahaja, ibu kepada kanak-kanak itu juga turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut kerana sudi menyantuni anak yatim.

“Comel je adik-beradik ni , mesti akak ni baik dengan dia itu yg mereka semua suka. Suka tengok cara akak layan budak-budak ni.

“Mama Adam hadir, kita pun masak pun sebungkus je, mana cukup. Terima kasih melayan anak yatim ni, Adam memang suka masak,” komen netizen.

Nurul Hana