Hiburan By: SGMS Faida February 16, 2019 @ 3:29pm

‘Akaun Laman Sosial Tutup Tapi Belum Minta Maaf’- Misha Omar

” Belum ada antara mereka yang tampil untuk memberi maklum balas setakat ini,” kata penyanyi popular, Misha Omar selepas meminta pihak yang memfitnahnya di laman sosial tampil membuat permohonan maaf secara terbuka semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Misha atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah Omar memaklumkan seorang daripada individu yang didakwa memfitnahnya sudah menutup akaun laman sosialnya.

” Peguam saya memberitahu ada satu akaun laman sosial yang bercakap pasal saya sudah ditutup. Manakala dua lagi pemilik akaun laman sosial sudah pun memadamkan mesej berantai yang dikongsikan mereka.

” Saya tidak kisah mereka padam atau menutup akaun laman sosial masing-masing tapi pihak kami masih boleh mengesan pemilik semua akaun itu sebab sudah merujuk perkara ini kepada pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” katanya.

Katanya, walaupun mereka sudah memadam dan menutup akaun masing-masing, tindakan itu sudah memberi kesan negatif terhadap pandangan orang di sekelilingnya.

Penyanyi lagu Sampai Bila itu mendakwa adalah tidak adil dengan hanya mendiamkan diri selepas memadam dan menutup akaun laman sosial mereka.

” Ketika membuat laporan polis tempoh hari, polis banyak memberi info berguna antaranya fitnah di media sosial dianggap satu kesalahan jenayah.

” Selain pihak saya, polis juga boleh membuat pendakwaan ke atas mereka,” katanya.

Antara dakwaan yang boleh dikenakan terhadap pihak yang didapati bersalah kerana memfitnah di laman sosial adalah mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Kanun Keseksaan.

“Saya hanya meminta mereka meminta maaf dan bersemuka serta disaksikan rakan media, itu saja.

“Mereka boleh menghubungi peguam atau pengurus saya. Kalau malu, mereka boleh saja menghubungi rakan media untuk mengatur pertemuan,” katanya.

Dalam satu sidang media tergempar semalam, penyanyi itu memberi tempoh tujuh hari kepada beberapa individu yang menyebarkan fitnah terhadapnya di laman sosial untuk bersemuka dengannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Antara fitnah dilempar adalah dengan mengaitkan Misha menggunakan ilmu sihir dan khurafat ketika AJL 33, bulan lalu.

Selain membawa pulang Vokal Terbaik AJL33, Misha turut menduduki tempat ketiga.- Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Sep 2023

Che Ta Mengamuk Anak Dikata S*ndal – “Aku 9 Bulan 10 Hari Mengandung Anak Aku! Jentik, Marah Pun Tak Pernah”

Allah! Tak baik gelar anak orang macam tu. Memang patut Che Ta hangin😡

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Events Mon, 15 Oct 2018

Here’s the Full List of Speakers for ZafigoX 2018

The women empowerment event will be filled with inspiring talks!

Events Sat, 9 Jul 2022
error: Content is protected !!