Abam akhirnya meninggalkan pentas Bintang Bersama Bintang pada minggu yang kelima pada Ahad. Dengan persembahan berkonsepkan kekeluargaan, Abam menampilkan Shaney sebagai artis jemputannya untuk membantu beliau pada kali ini.
Namun, rezeki tidak berpihak kepada Abam kerana, bukan sahaja menjadi antara peserta yang tidak berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10K yang ditawarkan pada setiap minggu. Malah, beliau juga tidak dapat bersama-sama rakan yang lain bagi menghangatkan pentas BBB 2018 diperingkat akhir.

Antara persembahan Abam bersama artis jemputannya, Shaney
Menurut Ketua Juri, Saiful Apek menganggap persembahan Abam sangat efisyen setiap minggu. Pemilihan lagu-lagu sepanjang minggu pertama sehingga kelima ini juga tidak pernah mengecewakan semua penonton yang hadir, malah penampilan Shaney dan artis jemputan yang lain juga memang sangat serasi dengan Abam. Dan, Datin Diana Danielle juga menganggap, Storyline yang sangat simple tetapi dipersembahan secara straight forward ini nyata masih tidak mampu untuk memikat hati penonton dirumah seterusnya meraih undi untuk dirinya.
Apapun, Abam sudah melakukan yang terbaik sepanjang 5 minggu ini dengan mengetengahkan pelbagai topik-topik menarik dan sangat relevan dengan kehidupan masyarakat kita. Tahniah Abam!
Justeru itu, dengah tersingkirnya Abam di minggu kelima ini, Bintang Bersama Bintang (BBB 2018) bakal sampai ke penghujung rancangannya. Dimana, episod akhir ini akan berlangsung pada 4 Mac 2018. Antara Abang Long yang bakal ke peringkat akhir ialah, Issey, Achey, Shuk, Ajak dan Mark Adam.
Kepada semua peminat BBB 2018, jangan ketinggalan untuk menyaksikan bintang lawak pujaan anda menerusi laman web tonton dan undi pelawak pilihan anda hanya di xtra.com.my