Hiburan By: Del14 October 22, 2019 @ 3:49pm

Akhirnya Berdamai…Aliff Syukri Berjaya Pujuk Isteri

Rumahtangga mana yang tak dilanda badai…inilah yang dilalui oleh pasangan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Hajjah Nur Shahida apabila dikatakan bergaduh dan tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Akhirnya, hubungan mereka baik semula apabila Aliff memuat naik video di IGTV bersama isterinya semalam, di mana mereka saling berpelukan sehinggakan Shahida tidak dapat menahan diri daripada menitiskan air mata.

“Terima kasih Allah…kerana masih sayangkan family ni.  Semua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak?? 

“Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah, banyak dugaan cabaran dan kesabaran yang perlu dilalui..

“Pergaduhan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasangan kontra dari semua sudut..

“Siapa yang tak pernah bergaduh dalam rumah tangga? Saya pasti semua pernah, begitu juga dengan saya…itulah lumrah kehidupan..

“Orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini..bagi abang dalam perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing-masing kadang kala tak semua benda kita buat betul,” tulisnya. 

 

 
 
 
View this post on Instagram

smua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak?? kalau setuju komen di bawah?? . . Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah banyak dugaan cabaran dan kesabaran.. yang perlu dilalui.. Pergaduhan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasnagan kontra dari smua sudut.. siapa yang tak pernah bergaduh dalam rumah tangga sy pasti smua pernah .. begitu juga sy..itulah lumrah kehidupan cuba bayangkan dua kepala yg dilahirkan berbeza perut,nak hidup sekali sampi kemati… mungkin rambut sama hitam hati lain-lain dan didikan keluarga pun berbeza beza,pendapat dan ego..sedangkan dengan ayah dan mak pun kekdang kita tidak sependapat … dan kadang kala mahu bergaduh… inikan pula suami isteri … orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini.. bagi abang dlm perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing- masing kadang kala tak semua benda kita betul… . . . tak guna pun kalau Kita cari siapa betul atau siapa yang menang ??pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan dan yang paling penting kita kena tahu syurga isteri tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan lah ..jangan pula disebabkan syurga kat bawah kaki suka hati saja nak pijak isteri begitu juga dengan isteri kadang kala isteri ini kena lah belai dan faham suami..jgn suami buat baik.. dipijak kita pula Kesimpulannya tak pernah ada benda yang sempurna dalam Hidupan maklumlah kita bukan hidup dalam syurga kalau semua sempurna.. itu namanya syurga ..Apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga.. terima kasih doa kalian smua.. syukur alhamdulillah segalanya telah berdamai sebab apa?? yang berlaku ini biarlah kami sahaja yg tahu.. kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita❤️ dan lagu #cubabahagia itu sy ciptakan sempena kisah sedih saya yg bergaduh hanpir 3bulan?

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

Menitipkan nasihat buat para pembacanya, juga untuk diri sendiri supaya tidak mencari kesalahan pasangan kita dan menghormati peranan masing-masing.  Menjelaskan bahawa tidak ada yang sempurna di dunia, hanya di dalam syurga, Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan keluarga. 

“Pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan  dan yang paling penting kita tahu syurga tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan..jangan pula sebab syurga bawah kaki suka hati nak pijak isteri.

“Begitu juga dengan isteri kadang kala kena lah belai dan faham suami.  Jangan suami buat baik..dipijak kita pula.

“Kesimpulannya, tak pernah ada benda yang sempurna dalam kehidupan..Apa pun terima kasih kepada semua ynag mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga.. Terima kasih doa kalian semua.

“Syukur alhamdullillah.. segalanya telah berdamai, sebab apa?? Biarlah kami sahaja yang tahu..kami dua-dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita dan lagu #cubabahagia itu saya ciptakan sempena kisah sedih saya yang bergaduh hampir tiga bulan,” coret Aliff lagi. 

Semoga perkahwinan Aliff dan Shahida baik-baik sahaja dan apa-apa pun fikirlah kebahagiaan bersama termasuk anak-anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan seorang lagi anak angkat.  Shahida juga sedang mengandungkan cahaya mata mereka yang kelima. 

 
 
 
View this post on Instagram

Inilah Arti kebahagiaan yang sebenar ❤️ . . siapa setuju walapu byk tempat dan kita pergi , walau banyak kawan dan benda yang paling berharga sekali pun benda yg paling istimewa adalah mempunyai family yang bahagia ❤️rasanya tak ada benda yang paling memwah dia mahal selain ada kegembiraan yang kekal dan juga hakiki Bersama keluarga anak-anak dan juga isteri.. alhamdulillah hari ini abang bangun pagi untuk shoot di Astro dan abang sempat makan air tangan isteri abang masak sndiri (peraturan baru) dan sempat lagi hantar anak-anak abang ke sekolah.. walaupun tuhan saja yang tahu betapa penat nya abg Sebab nak handle @as.legacymalaysia @sugeh.resort @asluxurybeg @romahmakanterlajaklaris @palacealiffsyukri yang teramat banyak tapi abang gigih kan juga demi keluarga tercinta .. bagi abang nak kekal bahgia mcm ini.. mudah sahaja kita suami isteri kena. Setia dan memahmi!! . . Itulah kunci menjadi pasangan yang bahagia! Faham tak anak-anak? Gitu tetiba jadi Doktor Love. Penat dahlah jadi asyik jua produk jee?, abg nak tukar kerjaya dah ni… Abang nak jadi pakar-motivasi boleh tak kalau boleh komen dekat bawah mana tahu komen anda memberi semangat kepada abang untuk buat benda yang baik-baik lps ni☺️☺️ . . tudung wife sy dari @cloverush

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Dec 2021

71 Pelajar & Dua Guru Sekolah Dilaporkan Positif COVID-19

Semoga pelajar & guru berada dalam keadaan stabil

Featured Fri, 20 Aug 2021

“Banyak Sektor Buka Bukan Kerana Selamat Tetapi Sebab Ekonomi” -DG Hisham

Umum maklum, bermula hari ini orang ramai yang berada di negeri atau daerah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 kini dibenarkan untuk makan di restoran sekiranya telah lengkap divaksinasi. Walaubagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri […]

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Dia Band Tukar Vokalis Lagi?

Ia soal komitmen. Yazid juga memiliki single sendiri. Kumpulan kami perlu mengorak langkah ke hadapan dengan komitmen. Tiada soal perselisihan faham atau sebagainya.

Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Nikah Teman Lama, Issey Akhiri Zaman Duda

Alhamdulillah, Tahniah Issey!

Events Sun, 9 Feb 2020
Hiburan Wed, 18 Aug 2021

Tak Nak Guna Nama Eira Syazira & Azad Jasmin, Syazwan Shuhaimi Mahu Usaha Sendiri

Penyanyi baru, Syazwan Shuhaimi enggan menggunakan nama pasangan pelakon, Eira Syazira dan Azad Jasmin untuk dikenali dalam industri seni. Merupakan adik kepada Eira, Syazwan kini muncul dengan single yang berjudul Sang Purnama ciptaan Shazee Ishak […]

Featured Fri, 10 Sep 2021

“Macam Muka Puteri Raja..”- Kecantikan Anak Gadis Fiza Halim Curi Perhatian Ramai

Kecantikan anak gadis kepada pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim berjaya mencuri perhatian orang ramai. Baru-baru ini, Fiza berkongsi beberapa foto anak dara suntinya di laman Instagram setelah lama tidak bersua muka. Menerusi […]

LIFESTYLE Fri, 14 Dec 2018

3 Tips Cantik Sebelum Tidur

Nak cantik sebelum tidur ikuti tips ini

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Mad August Jim首次为团员亲自下厨?团员直呼有阴谋

Mad August团员Jim特别为3位摇滚爸爸安排了日本餐提前庆祝父亲节!团员们受惊,觉得 Jim 有阴谋要作弄他们 。