Featured By: Salma Syahbuddin July 12, 2022 @ 8:00pm

“Akhirnya Malaysia Mendonia…” – Kejayaan Filem #MatKilau Jadi Liputan Media Antarabangsa, Syamsul Yusof Lali Dipanggil Gila

Naskhah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus melakar sejarah apabila filem epik tempatan ini berjaya mencipta rekod kutipan sebanyak RM71 juta dalam tempoh 19 hari tayangannya.

Ini sekaligus mengatasi kutipan filem Hollywood  seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Black Panther, Furious 7, Spiderman dan Transformers dalam carta “All Time International Malaysia Box Office”.

Justeru itu, tidak hairanlah jika filem bergenre ‘historical’ ini turut mendapat liputan daripada pihak media antarabangsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

 

Sementara itu, menjengah diruangan komen, rata-rata pengikut Syamsul dan peminat filem Mat Kilau dilihat turut menzahirkan rasa bangga mereka dengan pencapaian filem tempatan ini sekaligus berharap ia dapat menembusi pasaran antarabangsa kelak.

Dengan kejayaan luar biasa filem Mat Kilau maka, tidak hairanlah jika terdapat segelintir rakan terdekat yang menggelar pengarah tersohor ini sebagai ‘gila’.

Menurut Syamsul, 38, penolong pengarah yang bersama dengannya sejak dulu lagi turut mengatakan dirinya seorang yang gila kerana seringkali muncul dengan idea-idea yang tidak masuk akal.

Namun, bagi anak kepada Datuk Yusof Haslam ini, tiada istilah ‘tidak boleh’ dalam kamus hidupnya kerana menurutnya, semua benda itu memang boleh dilakukan bergantung kepada diri sendiri.

“Nak buat macam itu, macam ini… kenapa tak boleh?

“Tidak ada istilah tidak boleh. Semua boleh buat. Memang saya macam tu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Dengan Izin Allah” – Syamsul Yusof Tak Gentar Diboikot, Filem Mat Kilau Raih RM1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan!

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Delete Before It’s Too Late” – Individu Rakam Filem Mat Kilau, Syamsul Yusof Bakal Ambil Tindakan

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Tegasnya, seorang pengarah itu perlu komited dengan apa yang dimahukan. Namun, harus berfikiran logik dan memerlukan perancangan teliti.

“Saya berkerja dengan apa yang ada dan semuanya perlu plan B… Ini kerana saya harus fikir soal bajet penerbitan dan sebagainya.

“Menghasilkan filem bukan kerja main-main. Ini kerana apa yang kita hasilkan di lokasi mungkin akan menjadi sejarah,” jelasnya.

Memetik laporan Harian Metro, Syamsul yang juga pengarah filem seram, Munafik turut menjelaskan dia adalah seorang yang ‘mental’ dan ‘sakit jiwa’  dalam setiap penghasilan karya terbitannya.

Ini kerana, dia tidak mahu timbul sedikit perasaan kecewa atau menyesal apabila sesuatu karya dibawah arahannya  itu ditayangkan.

“Saya tak boleh kalau ia disunting oleh orang laindan muziknya dibuat oleh orang lain. Nama pun pengarah dan memang anda kena kawal semuanya. Malah, untuk filem Mat Kilau saya juga terbabit dalam pemasaran.

“Ketika penggambaran, saya juga mengendalikan kamera walaupun saya memiliki dua orang pengarah fotografi. Namun mereka sudah faham dan terbiasa dengan cara kerja saya.

“Saya pernah ‘buang’ seorang pengarah fotografi kerana dia tak benarkan saya mengendalikan kamera. Itu memang cara saya terutama untuk babak aksi atau letupan,” katanya.

 

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Apr 2023
Featured Wed, 27 May 2020

Rendang, lemang bukan punca kemunculan jerawat

Kenali jenis kulit wajah, elak makan berminyak

Hiburan Thu, 25 Aug 2022
Featured Mon, 1 Apr 2024

“Nak Dapatkan Syurga Allah Kan Penat?” – Umie Aida Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah

Setuju! Nak raih syurga Allah bukan mudah, hati kena cekal dan kuat❤️❤️❤️

Trending Fri, 2 Mar 2018

Starbucks Collaborates With GSC for Buy 1 Free 1 Promo

Time to jio your friends and family for some coffee and movies because Starbucks is collaborating with GSC cinemas for a Buy 1 Free 1 promotion.