Hiburan By: Salma Syahbuddin December 28, 2017 @ 8:14am

AKHIRNYA MIMI FLY CERAI, MOHON NETIZEN JANGAN KERUHKAN KEADAAN

Kalau sekarang ini musim ramai artis mendirikan rumah tangga, bertunang mahupun yang bercuti ke luar negara bersama insan tersayang. Tetapi, ada juga artis yang mengalami nasib yang kurang baik kerana rumah tangga yang dibina tidak kekal lama. 

Bagi Mimi Fly yang dahulunya dikenali sebagai Mimi One Nation Emcee, walaupun rumah tangga yang dibina pada 16 Mei 2015 itu tidak kekal lama namun, hubungannya bersama bekas suaminya Mohd Firdaus Hajar masih baik. 

“Firdaus adalah kawan sejati Mimi sejak umur 13 tahun. Jangan sekali-kali berfikiran yang anda lebih tahu hakikat di sebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang kami dah jernihkan bersama. Dengan itu salam sayang dari saya semoga anda semua bahagia dan doakanlah yang terbaik buat saya dan bekas suami. ???????????????????????? buat Fidi. I wish you all the love in the world cuz honestly…you deserve em all. You are still indeed one of the best person i’ve ever known my whole life and for what its worth. I love you and  I hope you will be the man that u promised me u wanna be. Much love”

Mimi yang sebelum ini bersama Kumpulan One Nation Emcee membuat pengakuan mengenai status perceraian nya itu melalui akaun instgram miliknya. 

Dalam status yang sama juga, Mimi turut berharap agar netizen tidak membuat apa-apa spekulasi berkaitan kes perceraiannya ini. Kerana, jika terdapat sebarang spekulasi keluarga mereka pasti akan terasa dan terkesan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi platform media sosial sekarang ini semakin berleluasa. 

Mimi bersama bekas suaminya, Firdaus

“Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab tapi Mimi rasa tak salah untuk kami berdua dapat melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat. Tuhan sahaja yang maha mengetahui apa sebenarnya tertulis buat kami jadi Mimi harap tiada yang cuba untuk menokok tambah cerita hanya kerana bukti-bukti yang sesungguhnya tidak sama sekali benar. Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya, tapi sila hormat perasaan dan kerungsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami.”

 

Berikut merupakan luahan Mimi berhubung statusnya kini.

 

Salam semua. Bagi menjawab segala soalan yang beribu di message whatsapp phone call dan sosial media. Memang benar perkahwinan mimi tak berjaya bertahan. Pada bulan ini..mimi dan suami dah bercerai. Tiada siapa nak bercerai tanpa sebab tapi mimi rasa tak salah untuk kami berdua dapat melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat. Tuhan saja yang Maha Mengetahui apa yang yang sebenanrnya tertulis buat kami jadi mimi harap tiada yang cuba utk menokok tambah cerita hanya kerana bukti2 yang sesungguhnya tidak sama sekali benar. Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya tapi sila hormat perasaan dan kerunsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami. Kami masih berkawan baik seperti dulu. Firdaus adalah kawan sejati mimi semenjak umur mimi 13tahun. Jangan sekali2 berfikiran yang anda lebih tahu hakikat di sebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang dah kami jernihkan bersama. Dengan itu salam sayang dari saya semoga anda semua bahagia dan doakanlah yang terbaik buat saya dan bekas suami. ???????????????????????? buat fidi. I wish you all the love in the world cuz honestly…you deserve em all. You are still indeed one of the best person I’ve ever known my whole life and for what its worth. I love you and I hope you will be the man that u promised me u wanna be. Much love.

A post shared by Mimi Fly (@mimiflyyy) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 May 2018

Umie Aida Tegur Johan, ‘Diam Lebih Baik Dari Bercakap’

Johan merupakan anak ahli politik yang bergiat aktif dalam Umno iaitu Datuk As’ari Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

MAROON 5 AND JIMMY FALLON SURPRISES SUBWAY COMMUTERS

Dressed like total hipsters, no one was able to tell that they were the celebrities themselves. But, Adam’s voice was certainly drawing commuters in.

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

神剧《美丽新世界》5奖项入围「第四届亚洲彩虹盛典」

本地电视剧和节目再次在国际舞台捎来好消息!神剧《美丽新世界》5奖项入围「第四届亚洲彩虹盛典」。

Hiburan Wed, 9 May 2018

Selebriti Kongsi Gambar Jalankan Tanggungjawab Undi PRU14

Laman Instagram Selebriti kali ini meriah dimana rata-rata berkongsi gambar dakwat di jari menandakan yang undi telah dibuat

Events Thu, 24 Jan 2019

Hilton Malaysia Launches Sale on Wedding Packages!

It’s a good year to get married.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Crossroads : One Two Jaga Dominasi FFM30 Selepas AMPFKL 2018

Tahniah diucapkan buat semua pemenang FFM30

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Zahiril Adzim Kecewa Dengan Siapa Tu?

Masing-masing ada hak untuk bersuara kan?

Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Auntie Penny终回马开唱!泪洒舞台「没胆量再办大型演出」

出道18年的「金曲歌后」戴佩妮,终于圆了在山下开唱的心愿,把《贼亚洲巡回演唱会》最终站献给家乡马来西亚。真性情的她,演唱会上二度哽咽并说“这场后就金盆洗手,没胆量再办大型演出。”

Contest Thu, 6 Feb 2020
Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Kumpulan Estranged Kini Jual CD?

Wow! Dah lama tak dengar khabar dari Kumpulan Estranged kan?

| Live TV