Hiburan By: SGMS Faida February 18, 2019 @ 11:20am

Akmar Natasha Gementar Berlakon Di Sisi Azrel Ismail

Pernah menyertai program realiti nyanyian kanak-kanak pada 2013, penyanyi Akmar Natasha kini tampil dengan single berjudul Sendiri.

Gadis berusia 20 tahun berasal dari Pulau Pinang ini memaklumkan cukup berdebar sewaktu pertama kali masuk ke set pembikinan muzik video Sendiri.

“ Pertama kali saya berlakon di sisi aktor kacak, Azrel Ismail membuatkan saya tak senang duduk dibuatnya. Saya merupakan salah seorang peminatnya, sudah tentu saya teruja dapat berkongsi set sama.

“ Secara peribadi, saya rasa dia aktor hebat. Rasa malu-malu sewaktu babak bertentang mata,” katanya kepada XTRA.

Namun begitu, Akmar mengingatkan penonton agar tidak salah erti dengan kenyataan di atas. 

Akui Akmar, dia perlu fokus dalam pelajaran buat masa ini dan enggan berfikir tentang hal memiliki teman lelaki.

“ Saya masih muda dan terlalu awal fikirkan teman lelaki. Kalau ada, adalah. Saya kini sibuk dengan jadual kuliah serta nyanyian.

“ Masa yang ada saya gunakan sebaiknya agar pelajaran dan karier seimbang. Jika ada kesempatan, pasti saya akan turun ke Kuala Lumpur,” katanya yang kini menetap di Pulau Pinang.

Untuk rekod, Akmar Natasha merupakan artis di bawah pengurusan Dr Irma Entertainment.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 11 Jan 2019

Rent a Boyfriend from Lazada this CNY to Shut those Nosy Aunties Up

Pick from hotties like Dennis Yin, Joseph Lee, Nigel Chin and more!

Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Watak Murad Dalam Kamar Kamariah Buat Fizz Fairuz DiBenci Peminat

Wow! siap ada hashtag #kecammurad lah pula

Featured Tue, 30 Aug 2022
Hiburan Mon, 8 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Ajai & Mas Idayu Beri Peluang Kedua, 5 Pasangan Mara Ke Peringkat Seterusnya… Jom Recap Episod 2!

Episod kedua program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berlangsung pada malam tadi dan ia menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Malhamka & Yuveena, Syafeek & Zazo, Achik & Maria, Norman & Hazreen serta Pasya & […]

Hiburan Mon, 29 Jan 2024