Didakwa Tubuh Band Baru Gara-Gara Bergaduh Dengan Floor 88, Ini Respons Akram… – “Senyap Saja Diminta Nyanyi Lagu Ciptaan Saya…”

Pemain drum kumpulan Floor 88, Akram didakwa mengalami krisis bersama dengan band lamanya gara-gara menubuhkan kumpulan muzik baru iaitu Box Million Story.

Memetik laporan mStar, Akram atau nama sebenar menafikan dakwaan itu dengan menyatakan dia masih bersama Floor 88 malah menerima sokongan penuh mereka dengan penubuhan band barunya.

Menurutnya, selain selaku drummer, dia juga menghasilkan lagu dimana kebanyakan lagu kurang sesuai untuk dinyanyikan oleh vokalis Floor 88, Ayie.

“Punca saya wujudkan kumpulan itu sebab saya juga ada hasilkan lagu. Kebanyakan lagu tu kurang sesuai untuk dinyanyikan oleh Ayie.

“Saya pun nak berkarya dan cuba cari penyanyi ada nama dalam Malaysia ni untuk nyanyikan lagu ciptaan saya tapi ada yang tidak berikan respon dengan baik dan hanya senyap saja.

“Daripada situlah saya terfikir wujudkan kumpulan ini. Alhamdulillah Floor 88 memahami dan berikan sokongan penuh terhadap kumpulan saya ni,” jelasnya.

Pada masa sama, dia memberitahu Floor 88 masih merupakan keutamaan baginya meskipun sudah ada band baru.

“Walaupun ada kumpulan ini tetapi keutamaan saya tetap kepada Floor 88, tak mungkin saya lupa asal usul dan tak ada isu pun untuk kami bergaduh pun,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Akram sedang sibuk mempromosikan single terbaharu kumpulannya, Box Million Story yang berjudul Putri Impian.

Maya Basir