Pakai Baju Renang, Netizen Puji Badan Yasmin Hani Seperti Anak Dara – “Dia Vampire Ke? Masih Nampak Muda”

Pelakon Yasmin Hani sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan netizen selepas memuat naik beberapa foto dirinya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Yasmin atau nama penuhnya Yasmin Hani Ismail Richardson dilihat mengenakan pakaian renang berwarna ungu berserta seluar pendek putih.

Hantaran tersebut meraih pelbagai respons warganet yang rata-ratanya memuji penampilannya seperti anak dara walaupun sudah berusi 40-an.

Bukan itu sahaja, ramai juga diantara mereka yang meminta tips dah rahsia mengekalkan badan yang cantik.

“Aku membesar dah tapi dia macam tidak mamah usia pun. Macam tu je dia. Pandai dia jaga badan.

“Body goals. Saya jealous. Aku dah ada anak 2 weh tapi dia tetap letop lawa maintain nampak muda. Apa lah rahsia eh,” tulis netizen.

Nurul Hana