Aksi Afgan & Rossa Duet Di Konsert Buat Ramai Tak Keruan – “Kahwin Je Lah Cepat!”

Penyanyi Indonesia Afgan dan Datuk Seri Rossa sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat aksi mesra mereka berduet di Konsert Afgan Evolution di Jakarta, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di TikTok, Afgan telah memanggil Rossa ke pentas untuk menyanyikan lagu Terlalu Cinta bersama.

Dalam perkongsian tersebut, Afgan sempat mengusik dan merangkul pinggang Rossa sekali gus membuatkan para penonton yang hadir bersorak gembira.

Tidak cukup dengan itu, Rossa turut memegang dada penyanyi lelaki itu dan saling bertentangan mata sepanjang mendendangkan lagu tersebut.

@afgan.rossa0510 Afgan: “tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu”, Rossa: ” Sama siapa?”, Afgan: “Sama kamu” #afganrossa #afgan #rossa #terlalucinta #fyp #fypシ ♬ suara asli – afross

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya tidak keruan melihat kemesraan pasangan itu.

Fatin Nurain