Aksi Bella Astillah Dukung Siti Khadijah Buat Ramai Terkejut – “Hidden Power Tu But Comel”

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat aksinya mendukung aktres Siti Khadijah.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Siti Khadijah menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Bella menyatakan bahawa dia boleh mengangkat Siti biarpun dirinya bertubuh kecil.

“Hi semua, hari ni Bella nak buat magic show. Bella nak angkat Siti Khadijah kita nak tengok dia berat ke ringan,” katanya.

Terkejut dengan tindakan pelakon itu, Siti tidak menyangka bahawa Bella mampu mendukungnya sambil membuat pusingan.

“Dia boleh angkat I?,” tulisnya.

@sitikhadijahhalim_ Dia boleh angkat i???🥲😆😩@Bella Astillah ♬ PRETTY BOY FLOW – STURDYYOUNGIN

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terkejut dengan gelagat Bella.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima sebanyak 112,700 tontonan dan 7,886 tanda suka.Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat aksinya mendukung aktres Siti Khadijah.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Siti Khadijah menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Bella menyatakan bahawa dia boleh mengangkat Siti biarpun dirinya bertubuh kecil.

“Hi semua, hari ni Bella nak buat magic show. Bella nak angkat Siti Khadijah kita nak tengok dia berat ke ringan,” katanya.

Terkejut dengan tindakan pelakon itu, Siti tidak menyangka bahawa Bella mampu mendukungnya sambil membuat pusingan.

“Dia boleh angkat I?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya terkejut dengan gelagat Bella.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima sebanyak 112,700 tontonan dan 7,886 tanda suka.

Fatin Nurain