Aksi Bergolek Atas Pentas Dikecam, Elly Mazlein Tak Ambil Hati?

Nama pengacara dan penyanyi Elly Mazlein menjadi perhatian selepas aksinya bergolek di atas pentas sebuah rancangan nyanyian baru-baru ini tular di media sosial.

Biarpun aksi spontan itu membuat penonton terhibur, namun ada juga yang kurang senang dengan gelagat Elly yang dikatakan terlalu keterlaluan sehingga dikecam hebat oleh netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Aksi Bergolek Atas Pentas, Timbul Dakwaan Elly Mazlein Over? Netizen Komen: “Aku Pula Yang Malu Tengok “

Terbaharu, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina itu membuat hantaran di Insta Story miliknya seolah-olah dia tidak mengambil hati dengan cakap-cakap netizen mengenai aksi spontannya itu.

“Hi Warga FB. Meriah ek Kak Kepam dengar.

“Tak apa, Kak Kepam tak ambil hati.

“Warga FB happy, Kak Kepom pun happy la dik! Agitchu,” tulisnya ringkas.

Terdahulu menerusi sebuah rakaman video yang tular, Elly kelihatan terbaring dan berpusing-pusing di atas pentas selepas dia seolah-olah tersingkir dari program nyanyian itu.

Khairil Khusyairi