Aksi ‘High Five’ Dengan Lelaki, Hawa Rizwana Mohon Maaf

Baru-baru ini, pengacara Hawa Rizwan telah mengundang kecaman netizen selepas memaparkan aksi ‘high five’ bersama seorang pempengaruh media sosial, Sid Murshid.

ARTIKEL BERKAITAN: Hawa Rizwana Dikritik Lagi! Aksi High Five Dengan Lelaki, Netizen Dakwa Tak Jaga Batas

Terbaharu, memetik laporan Mstar, Hawa Rizwan tampil bersuara isu berkenaan dengan meminta maaf ke atas kekhilafan yang dilakukannya.

Wanita berusia 27 tahun itu juga menerima segalan teguran peminat kerana ia dianggap mereka masih menyayanginya.

“Saya hargai keprihatinan yang menegur. Saya bersyukur kerana ramai yang menyayangi saya.

“Saya juga ingin meminta maaf atas kekhilafan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hawa berjanji akan lebih berhati-hati serta menjaga batasnya sebagai seorang wanita terhadap mana-mana lelaki.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga kesopanan dengan sesiapa pun yang saya bergaul selepas ini,” jelasnya lagi.

Nurul Hana