Aksi MK K-Clique Peluk, Cium & Beri Hadiah Kepada Ibu Di Majlis Pernikahan Raih Pujian Netizen

Penyanyi rap kumpulan K-Clique, Muhammad Hairi Amin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK sudah selamat diijab kabul bersama pilihan hatinya, Siti Hajar Syeikh Nordin pada pagi jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique Sah Bergelar Suami Siti Hajaar

Terbaharu, tular satu video MK berjalan ke arah ibunya untuk memberi penghargaan dengan memberi sejambak bunga dan hadiah kepada wanita tersebut.

Menerusi perkongsian di TikTok peminat, MK pergi ke arah ibunya sejurus sahaja habis bernikah lalu melutut dan memeluk cium sebelum memberikan hadiah.

“Kasih ibu tiada noktah. Bahkan sampai hujung dunia sekali pun,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@hairiwhuutt3 kasih ibu tiada noktah..bahkan sampai hujung dunia sekali pun 🥹 #mkkclique #sitihajar #hairiwhuut #mkccliquenikah #foryourpage ♬ original sound – bigboss

Video tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet yang memuji tindakan MK kerana tidak lupa dengan ibunya sendiri serta beranggapan Siti Hajar akan mendapat layanan bidadari.

“Wahhhh dia mulia kan mak dia insya-Allah isteri dia mesti dia layan bagaikan bidadari. Anak yang baik MK ni. MK pun sempena nama mak dia. Insya-Allah akan jadi suami yang baik.

“Macam mane dia layan mak dia macam tu lah dia akan isteri dia nanti. Tahniah dan semoga hubungan korang ni selalu diberkati Allah s.w.t amin.

Nurul Hana