Hiburan By: Fatin Nurain April 19, 2023 @ 4:29pm

Aksi Roy Azman Main Drum Di Jalan TAR Raih Tumpuan – “Banyak Bakat Rupanya”

Pelakon Roy Azman sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas melihat kehebatannya bermain drum, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Roy atau nama sebenarnya Zairosminan Abdul Rahman telah berkongsi momen dirinya memain drum sewaktu membuat persembahan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).

Dalam perkongsian tersebut, Roy sempat memaparkan gelagat Zahid Baharuddin yang turut menyanyikan lagu Hatiku Kau Guris Luka nyanyian kumpulan Sweet September.

“Band ‘Carca Merba’ show td depan Gulatis Jalan TAR Kl. Yg pompuan tu Shashic tau. Nizam mc. Tq Gulatis & tetamu yang hadir. Tq (thank you)  jugak to Band Caliph Buskers bagi tumpang main tadi…so sweeeetttttt,” tulisnya.

@thisisroyazman Band ‘Carca Merba’ show td depan Gulatis Jalan TAR Kl. Yg pompuan tu Shashic tau 🤣 Nizam mc. Tq Gulatis & tetamu yg hadir 😍 Tq jugak to Band Caliph Buskers bg tumpang main td…so sweeeetttttt🥰 #gulatis #caliphbuskers ♬ original sound – Roy Azman

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya memuji kehebatannya bermain drum biarpun bersahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra