Featured By: Atiqah Johari October 22, 2022 @ 7:32pm

Aksi Syafiq Kyle & Zahiril Adzim Jadi Taruhan! Siku 12: Langkah Derhaka Bakal Tayang di 3 Negara

Power Team Entertainment kini tampil dengan sebuah naskhah bergenre aksi yang mengandingkan dua pelakon popular iaitu Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim sebagai watak utama dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka di bawah arahan Azhari Zain.

Filem ini mengetengahkan seni mempertahankan diri dari dua negara iaitu seni persilatan Melayu dan Muay Thai sebagai tarikan kepada penonton.

Tambah, filem ini turut dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

Menurut penerbit eksekutif, Mohd Hafiz Mohd Nafiah, penerbitan filem ini membabitkan kos sebanyak RM1.2 juta yang bermula pada penghujung 2019 namun penggambaran bermula dapat dimulakan pada 2021.

“Kami juga mengambil sedikit masa sebelum memulakan penggambaran kerana perlu melakukan kajian mendalam mengenai seni silat siku 12 dan mencari barisan pelakon yang benar-benar sesuai dan boleh bersilat untuk berkasi dalam filem itu.

“Penggambaran filem Siku 12: Langkah Derhaka membabitkan tempoh selama 15 hari seperti dijadualkan. Ia membabitkan lokasi penggambaran sepenuhnya di Pendang dan Alor Setar, Kedah.

“Bagi menampakkan suasana sebenar pertarungan ratusan pelakon tambahan digunakan dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka. Selain penampilan istimewa seramai 20 penari menorah dari Persatuan Manora Kedah dan Maora Kham Kampung Kalai,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran, Mohd Hafiz memaklumkan bahawa dia hanya mengambil alih projek ini pada saat akhir.

“Saya bersetuju mengambil alih projek dari produser, Mohamad Pozi Mansor bukan atas dasar persahabatan semata-mata tetapi saya percaya filem ini mempunyai potensi besar dan berpeluang untuk diangkat ke peringkat antarabangsa.

“Siku 12 ini adalah ilmu persilatan seni silat tua Melayu permainan 12 yang jarang diketengahkan dalam filem sebelum ini,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Hafiz mengakui banyak yang perlu dibaiki bagi memastikan kualiti filem Siku 12: Langkah Derhaka sesuai untuk tayangkan di pawagam.

“Banyak proses yang perlu dilalui filem ini terlebih dulu sebelum mendapat kelulusan untuk tayangan di pawagam termasuk dnegan Kementerian Dalam Negeri dan Skim Wajib Tayang serta wakil pawagam sendiri.

“Saya perlu menyiapkan dari segi proses suntingan, audio mixing dan color grading filem ini. Pada masa sama, file mini juga hanya menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) sebanyak 10 peratus,” ujarnya lagi.

Walaubagaimanapun, Hafiz menyatakan dia hanya berserah kepada ketentuan Allah mengenai kutipan untuk filem ini.

“Saya memang berdebar menanti tayangan filem ini dipawagam kerana ia filem terbitan pertama saya. Apapun, saya dan produser sudah bekerja keras dan berusaha memberikan sentuhan terbaik pada filem ini.

“Kami berkarya ikhlas dari hati dan selebihnya kami serahkan pada penilaian penonton dan soal rezeki.

“Selain kekuatan jalan ceritanya, saya juga yakin dengan momentum yang ada selepas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, filem genre aksi Siku 12: Langkah Derhaka ini juga akan mendapat tempat di hati penonton,” katanya lagi.

Oleh itu, filem Siku 12: Langkah Derhaka bakal ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober 2022 dan bakal ditayangkan serentak di 7 pawagam di Singapura serta satu pawagam di Brunei Darussalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Aug 2022

Cecah RM100,000! Vespa Dior Milik Nabila Razali Jadi Tumpuan

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sekali lagi menjadi bualan netizen apabila muat naiknya mencuri perhatian apabila dikatakan telah membeli sebuah Vespa 946 Dior. Menerusi perkongsian Nabila di laman Instagram, dia memuat naik beberapa keping foto

Trending Wed, 28 Aug 2019

“Terima Kasih”, Firefly Airlines to Give Back to the Community

Firefly Airlines remind us on the basics of the briefest etiquette with ‘Terima Kasih’.

Events Fri, 21 Jun 2019

洪金宝获颁终身成就奖!第三届《金环奖》入围名单出炉

洪金宝获颁终身成就奖!第三届马来西亚《金环奖》入围影片及五强入围名单出炉。

familuv Thu, 1 Nov 2018
Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Bella Dally Kini Sah Jadi Milik Arif Izuddin

Tahniah Bella & Arif, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah!

Trending Thu, 21 May 2020

Berita Baik Buat Orang Ramai Di Sekitar Lembah Klang & KL

Take note buat yang berada di Lembah Klang dan KL!

Trending Wed, 6 May 2020

Rentas Negeri Di Kuala Lumpur Bermula Esok

Mohon ambil perhatian buat mereka yang berada di KL..

Featured Wed, 10 Jan 2018

10 sebab travel buat anda lebih bahagia

Berkembangnya syarikat penerbangan tambang murah Air Asia membuatkan travel perlahan-lahan menjadi satu budaya dan gaya hidup masyarakat kita. Sama ada bercuti untuk bertemu keluarga di kampung, atau melepaskan lelah kerja seketika, travel sebenarnya bermanfaat kepada

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

‘Serasi Biar Nampak Ori’- Ini Kriteria Dicari Scha Alyahya Dalam ‘Lagu Cinta Kita’

Pasangan dengan markah terendah akan tersingkir, pemenang yang berjaya akan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000.

| Live TV