Featured By: Salma Syahbuddin May 25, 2023 @ 5:30pm

Aktif Dalam Bidang Pengacaraan, Izzue Islam Mengaku ‘Belajar’ Dari Pak Nil, Jihan Muse & Awal Ashaari

Pelakon dan pengacara, Izzue Islam mengaku masih menimba ilmu dalam bidang pengacaraan walaupun dia kini sedang sibuk menerima tawaran dalam beberapa program rancangan popular.

Izzue atau nama penuhnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 32, berkata, dia mula menerima tawaran untuk terlibat dalam bidang pengacaraan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Namun, peluang itu diambil kerana pada ketika itu tawaran kerja semakin berkurangan dan bidang hosting tersebut hanya dilakukan secara atas talian (online) sahaja.

“Untuk masa sekarang memang izzue lebihkan tawaran untuk menjadi host sebab , Izzue pun tak tahu macam mana orang nampak saya ni boleh.

“Sebenarnya benda ni start daripada PKP lagi. So tak kerja kan? Jadi adalah beberapa program-program yang online panggil Izzue jadi hos tak sangka pula dia membawa pula sampai habis PKP sampai orang nampak saya punya bakat kat situ sampailah sekarang ni.

“Jadi kalau tanya, sekarang ni memang saya akan lebihkan tawaran hosting dulu. Kalau yang mana dapat tawaran hosting dulu dengan berlakon, saya akan terima hosting dulu.Tapi kalau lakonan datang dulu memang kena utamakan lakonan juga lah,” katanya.

Izzue berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program I Can See Your Voice Musim Ke-6 yang diadakan di Cornerstone IPC, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Izzue memaklumkan, dia tidak mengambil sebarang kelas untuk memperbaiki skil pengacaraan, malah menjadikan Datuk Aznil Nawawi, Jihan Muse, Awal Ashaari, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai sumber rujukan.

Bahkan, tahun ini sahaja dia menerima tawaran untuk menjadi hos lebih banyak daripada menerima tawaran lakonan sekaligus menganggap ini adalah peluang terbaik untuknya membiasakan diri dan mencungkil skil yang ada.

“Sebenarnya itulah dia, untuk tahun ini saya memang kurangkan lakonan dan banyak ambil hosting sebab nak perbaiki mana yang patut.

“Sebab kalau kita just ambil je tawaran sampi tak tahu nak buat yang mana sampai bila nak improve kan? Sebab benda ni skill dan praktikal. Kena biasakan diri bercakap, dan kena ada input untuk mana-mana yang berkenaan.

“Untuk sebarang kelas memang tak ada ambil, cuma saya banyak tengok Pak Nil, Awal Ashaari, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan terkini macam Kak Lina sebagai rujukan saya,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

Sekadar info, Izzue akan bergandingan bersama Shiha Zikir sebagai pengacara untuk ICSYVM6 yang akan mula bersiaran pada 4 Jun 2023, jam 9 malam  di TV3.

ICSYVM6 musim kali ini juga dijangka lebih meriah kerana menggabungkan barisan panel penyiasat tetap yang lebih menghiburkan seperti Ropie, Jihan Muse, Baby Shima dan Khir Rahman.

Manakala, penyiasat undangan yang akan menghangatkan suasana adalah, Maryam Younarae, Cik B, Joey Daud, Sweet Qismina, Bell Ngasri, Mek Yun, Fizi Ali, Roy Azman dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jan 2018

CELEBRITIES ARE SLAMMING LOGAN PAUL FOR HIS VIDEO OF SUICIDE VICTIM IN JAPAN

Logan Paul recently posted a vlog of his trip to the Aokigahara Forest in Japan and proceeded to make fun of a suicide victim when he discovered the body. This has lead to severe backlash. Even celebrities are extremely upset about his actions.

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Stay Warm and Dry in this Cold Weather in Timberland’s New Parkas and Jackets

It’s a good investment because Timberland’s jackets really do last long.

Trending Thu, 12 Nov 2020
Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Featured Tue, 17 Jan 2023

Mahu Lebih Memahami Wanita, Hun Haqeem Dedah Ingin Rasa ‘Period Pain’

Pelakon kacak, Hun Haqeem mahu lebih memahami kesukaran dan cara hidup seorang wanita. @y2kvd boyfriend material >> #hunhaqeem #malaysianactor #fyp ♬ Pano – Zack Tabudlo Menerusi perkongsian pengguna bernama @y2kvd di laman TikTok, Hun memberitahu […]

Featured Mon, 30 Mar 2020

3 cara untuk menjadikan bibir mungil dan seksi

Tidak perlu buat suntikan bibir!

Hiburan Tue, 2 May 2023