Hiburan By: SGMS Faida August 23, 2018 @ 11:30am

Aktor Hollywood Ini Menjadikan P Ramlee Sebagai Inspirasi

Pelakon Crazy Rich Asians Henry Golding yang kini melebarkan sayap di Hollywood memberitahu Allahyarham Tan Sri P Ramlee merupakan salah seorang sumber inspirasinya dalam kerjaya.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, aktor ini menyifatkan seniman tersebut seorang yang berbakat besar seperti selebriti luar negara iaitu Frank Sinatra dan Charlie Chaplin.

“Ketika ditanya oleh @hollywoodreporter siapakah individu yang telah menginspirasikan saya sejak kecil lagi, beliau adalah P. Ramlee.

” Beliau boleh menyanyi, berlakon, menulis dan mencipta pelbagai naskah yang sehingga hari ini dapat diingati.

” Malah beliau masih seorang hero dalam Asia hari ini,” luahnya kepada portal hiburan berbahasa Inggeris itu.

Dalam perkembangan kerjaya, Henry Golding atau nama penuhnya, Henry Ewan Golding bakal muncul menerusi Filem Crazy Rich Asians pada pertengahan bulan Ogos ini.

Crazy Rich Asians yang diedarkan oleh Warner Bros, akan ditayangkan 17 Ogos ini.

Aktor berdarah Iban ini juga pernah mencipta sejarah peribadi apabila muncul sebagai rakyat Malaysia pertama dalam rancangan bual bicara popular di Amerika Syarikat (AS), The Ellen DeGeneres Show. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Lambat Sikit Pun Dah Kecoh !!

Datang lambat sikit pun nak kecoh , asyik nampak keburukan orang lain saja!

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Konsert Dekade Lebih ‘Intim’, Afgan Kongsi Kisah Peribadi Sempena 10 Tahun Dalam Industri

Afgan sempat berkongsi kisah jatuh cinta ketika di bangku sekolah dulu. Siapalah agaknya gadis bertuah itu kan?

Featured Mon, 25 Mar 2024