“Aku Takkan Lupa Sampai Bila-Bila!” – Dimalukan Di Anugerah Berprestij, Zoey Rahman Bakal Dedah Si Pelaku?

Pelakon Zoey Rahman mendedahkan telah dimalukan di sebuah anugerah berprestij pada minggu lalu.

Menerusi hantarannya di Instagram, dia juga memberitahu kejadian yang berlaku meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya.

“Aku dimalukan di anugerah yang berprestige minggu lepas. Semoga menjadi pengajaran buat aku. Aku tak akan lupa sampai bila-bila.

“Aku akan tunjukkan bukti si pelaku di next video. Semoga menjadi pengajaran buat aku dan korang semua!,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen timbul tanda tanya tentang perkara yang berlaku.

Malah, ada yang mendakwa video tersebut hanya sekadar strategi pemasaran.

“Kenapa ni awak? Hopefully you tabah and okay.

“Okay ke tu Zoey? Keep strong okay.

“Sudah-sudahlah. Macam-macam trend marketing sekarang ni.

“Harap-harap bukan plot twist, bukan marketing,” komen netizen.

Maya Basir