Featured By: Maya Basir March 31, 2023 @ 12:45pm

Akui Populariti Jatuh Lepas Kahwin, Elizabeth Tan Tidak Tinggal Bersama Suami – “Dia Duduk Rumah Mama Dia, Saya Duduk Rumah…”

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengakui popularitinya jatuh mendadak selepas mendirikan rumah tangga sejak tahun 2021.

Memetik laporan mStar, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy menyedari perkara itu apabila jumlah ‘likes’ yang diterima di media sosial semakin berkurang berbanding sebelum berkahwin.

“Saya lihat engagement di media sosial, dulu kalau satu post sahaja boleh dapat 100 ribu likes sekarang maksimum 20 ribu likes jadi nampak sangat turun.

“Tapi kita kena terima sahaja sebab takkan saya tak kahwin sampai bila-bila.

“Tapi mungkin semua ni takdir tuhan jadi saya percaya apa yang terjadi dalam hidup adalah sebab masa yang ditetapkan oleh tuhan,” katanya.

Menurutnya, dia masih tidak tinggal bersama suaminya, Ding Siew Jim kerana memilih untuk tinggal bersama ibu bapa sendiri.

Namun, mereka merancang untuk tinggal bersama jika dirinya hamil satu hari nanti.

“Saya harap peminat masih sayangkan Lizzy walaupun dah kahwin, saya masih orang yang sama.

“Kami pun tidak tinggal satu rumah pun. Dia duduk dengan mama dia. Lizzy duduk dengan mama saya.

“Kalau saya pregnant, memang saya akan minta dia stay more dengan Lizzy tapi dia cakap dia masih nak balik dekat rumah mama dia once in a while.

“Sebab dia pun bekerja untuk mama dia so, dia balik rumah tu untuk buat kerja,” jelasnya.

Mengulas tentang isu ‘penyondol’, dia sudah memberi peringatan kepada suami jika berlaku curang, dia akan mengadakan sidang media untuk mendedahkan perkara tersebut.

“Saya cakap kat dia kalau dia curang dengan saya, saya akan buat sidang media dan satu Malaysia akan tahu dia curang dengan saya serta saya akan dedah muka dia dengan perempuan tu.

“Reaksi dia cuma biasa sahaja, jadi harap-harap dia takkan buat perkara macam itulah,” ujarnya secara bergurau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Thu, 6 Apr 2023
Trending Fri, 5 Jul 2019

Ingat Ponteng Di Denda Melutut Atas Bara Kayu

Si Ibu arag anak supaya melutut diatas kayu api yang sedang dibakar . Aduh kesiannya!

Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Hiburan Thu, 1 Feb 2018

AMERICAN IDOL CONTESTANT LEAH LABELLE AND HUSBAND RASUAL BUTLER DEAD AFTER CAR CRASH

Former American Idol contestant Leah LaBelle and her husband ex-NBA player, Rasual Butler, have died after an early morning car crash.

Trending Tue, 21 Nov 2017

Menteri Kantoi Kencing Tepi Jalan Pada Hari Tandas Sedunia

seorang ahli politik India terkantoi apabila videonya yang sedang membuang air keicl di kawasan awam menjadi viral

Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Lesap RM60,000 Beli Tanah, Individu Dakwa Ditipu Datuk Red… Ibu Mangsa Terpaksa Keluar Duit KWSP Bayar Tunai

Individu dakwa Adira melenting bila bawa bincang? Semoga baik baik je la

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Hael Husaini Mengaku Sudah Terjebak!

Dua pulak tu! Satu untuk siapa?? Haaaaa…

Trending Mon, 23 Jan 2023