Hiburan By: SGMS Enal May 9, 2018 @ 3:21am

Akui Sudah Putus, Hefny Tak Masuk Campur Hal Uqasha

Ia bukan satu rahsia apabila peminat mengetahui tentang hubungan istimewa yang terjalin di antara pelakon dan hos Hefny Sahad bersama aktres cantik, Uqasha Senrose.

Namun, Hefny bagaimanapun menjelaskan dia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Uqasha sejak awal tahun ini. Malah, dia juga enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai berita tangkapan melibatkan Uqasha minggu lalu.

“Saya dan Uqasha sudah bawa haluan masing-masing sejak awal tahun ini. Jadi, saya tidak tahu menahu mengenai kes membabitkan dirinya.

“Saya dapat tahu perkara ini semalam selepas dihujani pertanyaan menerusi WhatsApp, komen dan direct message (DM) di laman Instagram. Saya dapat tahu perkara ini semalam selepas dihujani pertanyaan menerusi WhatsApp, komen dan direct message (DM) di laman Instagram.

“Sejujurnya, saya pun terkejut. Memandangkan kami sudah tidak berkomunikasi sejak putus tempoh hari, jadi memang tidak ambil tahu langsung. Mengenai apa terjadi terhadap dirinya, saya tidak mahu komen apa-apa. Sebab saya memang tidak tahu menahu. Cuma, apa boleh dikatakan, bagi yang tidak tahu menahu lebih baik diam,” katanya memetik Harian Metro.

Walaupun sudah berpisah, Hefny berkata sehingga kini hubungannya dengan Uqasha serta keluarga bekas kekasihnya itu masih baik.

Uqasha ditahan pihak polis pada pagi Ahad lalu selepas dia dipercayai khayal sehingga melanggar sebuah kereta di kawasan perumahan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan mendapati tas tangannya mengandungi 53 biji pil dadah jenis Eramin 5.

Uqasha dibebaskan dengan jaminan polis pada malam Ahad selepas ujian air kencingnya negatif dadah. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Pemilik Kucing, Dengar Sini Nabila Huda Nak Pesan!

Saya berdoa supaya satu hari nanti pelaku yang membuang kucing, akan hilang orang paling dia sayang dalam hidup terutama ahli keluarga

Hiburan Sat, 17 Jun 2023

Selamat Bersalin Anak Kedua, Juliana Evans Kongsi Wajah Anak

Comelnya baby girl Juliana Evans ❤️❤️ Tahniah!

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Tahniah! Zaaim Juara Mentor 7

Alhamdulillah… Tahniah Zaaim!

Featured Thu, 6 Apr 2023
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Penyanyi Roxette, Marie Fredriksson Meninggal Dunia

Terkenal dengan lagu hitnya, ‘It Must Have Been Love’ akhirnya pergi juga pada usia 61 tahun

Featured Mon, 3 Oct 2022

Suami Terkait Isu Gelaran ‘Datuk Palsu’, Eina Azman & Fouziah Gous Tak Beri Respons

Min pun nak tahu juga apa penjelasan selebriti kita ni….😎

Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Trending Hari Ini Tue, 9 Jun 2020