Salam takziah kami ucapkan buat usahawan dan pelakon Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor atas pemergian bapa tercinta, pagi ini.
Menerusi laman Instagram ikon fesyen itu, dia memaklumkan tentang berita sedih itu.
“Baba saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan Al- Fatihah buat Baba saya,” tulisnya.
Wak Doyok turut memaklumkan Allahyarham bapanya dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Difahamkan Allahyarham berusia 86 tahun. Al- Fatihah…