Hiburan By: SGMS Faida June 29, 2018 @ 5:41am

Al- Fatihah…Pak Pandir Meninggal Dunia

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Masih ingat dengan lirik lagu ini? Lagu yang penuh dengan pengajaran. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Yang Remeh Temeh sekitar awal 1990-an, Pak Pandir atau nama sebenar Azmi Ali meninggal dunia, hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke bahagian kecemasan kerana mengalami masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair, Selasa lalu.

Malah, Allahyarham sempat berkongsi status keadaan kesihatannya termasuk wad diduduki kepada peminat di laman sosial Facebook bagi memudahkan mereka yang ingin melawatnya di situ.

“Kepada semua peminat, kawan-kawan, keluarga dan sesiapa yang mengenali saya dan tertanya-tanya benarkah saya dimasukkan ke wad sekali lagi, ya! betul, kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang, kandungan air di paru-paru.

“Keadaan saya tidak stabil. Saya sekarang berada di Hospital Kajang, katil nombor 24, wad 2, tingkat 1. Doakan yg terbaik utk saya,” tulisnya semalam.

Allahyarham juga pernah mengalami batuk yang agak teruk sejak November tahun lalu dan menjalani pemeriksaan kesihatan kerana bimbang ia berkaitan dengan penyakit tibi.

Selepas menjalani beberapa ujian berkaitan, doktor mengesahkan ia sebenarnya berkaitan dengan kesihatan jantungnya yang mulai bengkak.

Bermula daripada situ juga, kakinya mulai bengkak sikit demi sikit malah Allahyarham sering mengalami masalah semput ketika melakukan aktiviti harian.

Disebabkan masalah kesihatan, Allahyarham tidak sempat mempromosi album terbaru yang sudah siap mengandungi enam buah lagu puisi.

Pak Pandir yang aktif sebagai pemuzik jalanan sekitar Putrajaya dan menetap di Kajang meninggalkan seorang isteri, Rosmi Salmiah dan tujuh anak serta tiga cucu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Annur Kantan Permai, Kajang pada jam 9.30 pagi dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan.

Kredit gambar: Facebook Ikhtiman Ismail

Sumber: Harian Metro

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Jul 2021

Bayaran RM500 One Off PEMERKASA Plus Dibayar Mulai…

Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bayaran bagi penerima bantuan Pemerkasa Tambahan kategori servis pengangkutan awam akan dibayar bermula  27 Julai ini. Menerusi kenyataan yang dikemukakan oleh agensi itu, tarikh pembayaran dipinda daripada perancangan terdahulu […]

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Apa Kes Gambit Makan Katak Ni?

Semoga ini dipermudahkan buat Gambit

Featured Thu, 13 Oct 2022
Events Sun, 11 Nov 2018

Bii毕书尽:马来西亚是我第3个家!

睽违两年在大马开唱的Bii毕书尽,直言大马是他的第3个家,一路陪伴他成长!

error: Content is protected !!